CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Aspek-Aspek dalam Bahasa Melayu

Thursday, July 3, 2008

Karangan Berbentuk Dialog / Skrip / Temu bual

Karangan jenis ini biasanya berbentuk cerita tentang kehidupan yang berlaku pada masa kini. Hasil karangan ini boleh dilakukan semula melalui dialog serta pemilihan watak yang telah ditetapkan oleh penulis. Ia meliputi komponen-komponen tema, plot, watak latar dan bahasa. Mementingkan unsur konflik kehidupan.Dibahagikan kepada babak dan babak dipecahkan kepada adegan (jika terlalu panjang). Perkara yang dibicarakan mestilah menepati kehendak soalan (jika soalan meminta demikian). Sebagai contoh, soalan meminta kamu membincangkan tentang aspek agama jadi dialog, skrip serta temu bual kamu mesti tidak lari dari aspek agama. Memandangkan karangan jenis ini bukan berbentuk karangan formal biasa, jadi adalah lebih baik kamu menulis karangan tersebut sekurang-kurangnya 2 muka surat. Oleh yang demikian, rancanglah perbualan atau dialog kamu dengan sebaik-baiknya agar menepati kehendak soalan.

Contoh Soalan : Ketika kamu mengambil buku guru Bahasa Melayu kamu di bilik disiplin sekolah, kamu terdengar perbualan tentang seorang guru yang sedang memarahi pelajarnya yang didapati telah mengoyak buku perpustakaan sekolah.

Di bilik guru disiplin sekolah, salah seorang pelajar sekolah bernama Ramli sedang berdiri sambil memandang ke lantai berhadapan dengan guru disiplin sekolah iaitu Cikgu Halim.

Cikgu :

Ha! Kenapa kamu buat kerja macam itu, Ramli? Pelajar lain pun hendak membaca majalah itu. Ini kamu koyakkan. Kamu nak bawa keluar pula!

Ramli :

Saya bersalah cikgu. Saya tidak akan buat lagi.

Cikgu :

Kamu harus bertanggungjawab. Perpustakaan itu hak semua pelajar. Perpustakaan itu gedung ilmu. Kalau semua pelajar buat macam kamu, tidak ada gunanyalah! Mula-mula halaman majalah dikoyak, kemudian buku pula. Lama-kelamaan majalah dan buku-buku perpustakaan pula hilang,, Kalau macam inilah, habislah perpustakaan kita.

Ramli :

Saya tahu cikgu tetapi saya amat berminat untuk membaca artikel dalam majalah itu. Saya tak ada duit nak membeli majalah itu. Keluarga saya orang miskin.

Cikgu :

Bukankah kamu boleh membacanya di perpustakaan?

Ramli :

Memanglah boleh cikgu tetapi saya jarang ada kesempatan untuk ke perpustakaan. Petang semalam baru saya ada kesempatan pergi. Sebelum itu jarang saya dapat pergi. Saya kena tolong emak saya menjual ikan di pasar setiap petang.

Cikgu :

Jadi sebab itu kamu koyakkan halaman majalah itu?

Ramli :

Ya, cikgu.

Cikgu :

Saya simpati dengan kemiskinan keluarga kamu tetapi mengoyakkan halaman majalah itu bukan caranya. Tindakan kamu itu menyusahkan orang lain yang ingin membacanya. Mulai bulan depan pihak perpustakaan akan membeli mesin fotokopi. Jadi kalau kamu minat untuk membaca apa sahaja kamu boleh membuat salinan. Harganya pun taklah mahal sangat.

Ramli :

Ya, cikgu. Saya gembira mendengar berita itu.

Cikgu :

Untuk kali ini saya maafkan kamu tapi ingat, sekali lagi kamu membuat kesalahan seperti ini, saya tidak memberikan sebarang tolak ansur lagi.

Ramli :

Terima kasih, cikgu. Saya meminta maaf kerana melakukan kesalahan itu. Saya berjanji tidak akan melakukannya lagi.

0 comments: