CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Aspek-Aspek dalam Bahasa Melayu

Tuesday, August 5, 2008

Definisi Peribahasa

Wah.. sekarang baru menggalakkan sesi penyoalannya di kalangan pelajar-pelajar cikgu ahah

1. Burung terbang dipipiskan lada membawa maksud 'keuntungan belum diperoleh dalam tangan, sudah dibagi-bagikan' atau 'merancang sesuatu yg belum tentu diperolehi.'
Maksud peribahasa di atas merujuk kepada angan-angan seseorang yang terlalu awal merancang walaupun pada hakikatnya belum ada hitam putihnya lagi. Sebagai contoh, dalam permulaan liga perdana Inggeris (belum mula liga) setiap pasukan tidak boleh memiliki sikap sedemikian kerana terlalu awal untuk menentukan sedangkan sesuatu yang hendak dicapai itu belum ada dalam genggaman. Itu maksud burung terbang dipipiskan lada.


2. Gajah seberang laut nampak, kuman depan mata tak nampak
Literal translation: Elephant across the seas can be seen, germs in front of the eyes is unseen.
The bad of others can be seen, one's bad goes unnoticed. (aiseh~ Inggeris ah)

Peribahasa di atas menggunakan simbolik yang sangat ketara dan berbeza dari segi sifat dan fizikalnya. Simbolik ialah menggunakan sesuatu benda sama ada bernyawa atau tidak untuk mewakili sesuatu pihak. Sebagai contoh (daripada peribahasa tersebut), ia bukan merujuk kepada gajah dan kuman sebenarnya tetapi merujuk kepada manusia yang disimbolikkan atau dilambangkan gajah dan kuman tersebut. Oleh yang demikian, apabila para pelajar menjawab soalan peribahasa yang kamu tidak tahu maknanya gunakan andaian yang logik dan dapat diterima akal.

Contoh : Kamal digelar Gajah seberang laut nampak, kuman depan mata tak nampak oleh rakan sepejabatnya kerana sikapnya yang suka mencari kesalahan orang walhal apabila dirinya membuat silap dia langsung buat tak endah.

3. ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis bermaksud 'Hendaklah beringat-ingat agar tidak mendapat kesusahan'.

Peribahasa nombor 3 ini lebih berunsur nasihat. Lazimnya, ia digunakan oleh orang tua kita untuk menasihati kita supaya sentiasa beringat-ingat dan berwaspada. Secara ringkasnya, peribahasa tersebut menyerupai peribahasa 'sediakan payung sebelum hujan' yang juga membawa maksud supaya bersedia-sedia sebelum mendapat sesuatu musibah atau perkara yang dihadapi.

*** akan bersambung dengan soalan-soalan berikut. Cikgu harap apabila kamu membaca blog cikgu bahagian ini, kamu bukan sekadar mencatat jawapannya sahaja tetapi cikgu mahukan kamu berfikir sendiri bagi menjawab peribahasa-peribahasa yang kamu tidak tahu sama sekali maksudnya. Ini penting kerana Bahasa Melayu kaya dengan peribahasa, simpulan bahasa, pepatah, perumpamaan dan sebagainya. Oleh yang demikian, jangan hairan sekiranya kamu disoal dengan peribahasa-peribahasa yang tidak pernah diajarkan kepada kamu. Secara ringkasnya, pembacaan kamu penting untuk mengemaskinikan perbendaharaan kata yang kamu miliki.

0 comments: