CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Aspek-Aspek dalam Bahasa Melayu

Tuesday, July 29, 2008

Lawatan Pelajar-Pelajar Ke Pusat Persidangan Antarabangsa

Hari ini, tanggal 29/07/2008, pelajar-pelajar cikgu ada dibawa melawat oleh pihak Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam ke Pusat Persidangan Antarabangsa pada sebelah petang bagi menyaksikan expo Majlis Ilmu, Dikir dan sebagainya di bawah kawalan guru-guru pengawas khususnya guru kelas masing-masing.
Jom kita mulakan dengan gambar-gambar ala-ala *candid* dan gambar-gambar lain.
Gelagat pelajar-pelajar perempuan 4B (Keluarga Gosh) selepas bergambar :P

Yang ini candid part kedua hehe pelajar-pelajar cikgu dari menengah 4C ni tidak sedar mereka telah digambar. Tu lihat saja Melinda, Kah Hui, Zahidah dan Nafisah hehe didnt realise it right? hahaha

Sewaktu cikgu melalui sudut Pameran Majlis Ilmu, cikgu terperangkap dengan bilangan murid-murid sekolah rendah yang ramai haha kamu lihat saja gambar di atas ni, berjalan pun terpaksa inchit-inchit nya orang kitani hahaha

Cikgu suka gambar di atas ini, baru peringkat sekolah rendah sudah didedahkan dengan aktiviti pementasan drama oleh pihak sekolah serta guru-guru mereka. Very Interesting ~!


Seterusnya sesi fotografi kontrol macho n ayu sorang - sorang hahaha kalau senyum nampak gigi, make sure giginya inda belada yer ahah

Ahli-Ahli Gangstar 4B.. Yang Baju iTaMzz Ketua (hahaha =P~)

Cikgu Khairul dengan Keluarga Gosh~ (tapi ada yang missing in action : Nadia, Sook Yee, Pei Si, San San) n sum of them ada aktiviti PRS di Maktab SOAS

Cuba teka apa si Sheikh Mahmud buat selepas begambar ani? wawawa *Melinda tahu tu haha*

Sook Yee, me, Nadia & Bahriah

Pelajar-Pelajar Sir Akeem : Fatiyah, Kiah, Martini, Shidah
(Apa.. The BoyZ nya nda mau bgambar ah.. d(-_-)b


P/S : Kepada pelajar-pelajar cikgu yang menjemput cikgu datang ke ICC tadi, terima kasih banyak-banyak. Sekurang-kurangnya cikgu ada waktu dan masa yang lain untuk diluangkan kepada kamu selain di Sekolah Menengah SMJA atu hehehe. Kepada pelajar-pelajar cikgu yang terlibat dengan PRS di Maktab SOAS, kalau kamu selitkan gambar kamu di blog cikgu, email saja cikgu yer.. atau post saja arah chat box cikgu.. cikgu sukarela menguploadkan untuk kamu ^______^

Teacher Day Out~ 4C Version Gosh~

Hhmm.. Sepatutnya post ini cikgu sudah upload kelmarin tetapi memandangkan cikgu agak sibuk sebelah malam semalam (*aHakz*) menyebabkan cikgu baru berkesempatan untuk mempostnya hari ini. Lawatan cikgu ke 4C kelmarin (28/07/2008) adalah disebabkan oleh cikgu kurang berkesempatan meluangkan lebih masa kepada 4C (haha maaf silap cikgu). Sebenarnya tidak banyak yang hendak cikgu kongsikan bersama dan tujuan cikgu mempost adalah untuk mengongsikan beberapa gambar yang telah diambil oleh rakan kamu (erm.. kalau cikgu tidak silap yang mengambil gambar Dk Izzah, Mumin dan Alin mungkin haha terima kasih yer~)
Si Rahman (Boy) nada keraja haha act cool tah ganya *isk3x*

Haha ada orang atu nda mau kana gambar, mahal banar mukanya to be publish haha *lols*


Yang ne pulak view dari yang lain *winkz*


Wah.. macam cikgu pulang jadi student n Si Alin jadi cikgu aste~ ehehe mana tau ia jadi mcm sisternya jua nanti kekeke


Hahaha ada banyak kemungkinan kenapa ia menukup hidung and mulutnya hehe tekalah teka wawawa


More To COme... Especially Events Sewaktu di ICC hehe

Saturday, July 26, 2008

Perayaan di Bandar Seri Begawan @ 26/07/2008

Semalam cikgu pergi ke BSB menyaksikan perayaan kereta berhias. Sebenarnya, cikgu tidak tahu perkara yang hendak diuploadkan, oleh itu cikgu kongsikan beberapa gambar untuk tatapan kamu khususnya bagi mereka-mereka yang tidak berkesempatan untuk melihatnya hahaha :P (Jangan marah)






Tuesday, July 22, 2008

Info Terkini Mengenai Home Tuition Cikgu


Alhamdulillah.. sejauh ini terdapat beberapa orang pelajar yang berminat mengikuti kelas tuisyen yang cikgu adakan. Sebagai maklumat tambahan, pada bulan hadapan (Ogos) ada lagi beberapa orang pelajar baru masuk. Jadi, cikgu membahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan pertama seperti yang telah ditetapkan iaitu hari khamis pukul 7 hingga 10 malam. Manakala, kumpulan yang kedua ialah PADA HARI JUMA'AT PUKUL 6 HINGGA 9 malam.

Oleh yang demikian, kepada para pelajar yang berminat untuk mengikuti kelas tuisyen cikgu bolehlah menghubungi cikgu melalui email, telefon atau boleh post di chatbox untuk maklumat lanjut.

Bagi kumpulan 1 (Hari Khamis), masih ada 2 orang kekosongan untuk disi, manakala kumpulan 2 (Hari Juma'at) masih ada 3 orang kekosongan. Jika bilangan pelajar semakin bertambah, cikgu akan mencipta kumpulan baru bagi memudahkan kamu untuk menyesuaikan diri dengan jadual mingguan kamu khususnya bagi pelajar-pelajar yang mengikuti kelas tuisyen yang banyak macam si Chai (gagaga)

=============================================================

Bagi peminat setia lagu Puspa, sini cikgu masukkan lirik lagunya supaya kamu dapat menyanyi depan laptop kamu (huhu hopefully nyanyian kamu tidak mengundang hujan lah hahaha malar udah hujan late kekeke enjoy~)

kau gadisku yang cantik
coba lihat aku disini
di sini ada aku yang cinta padamu

kau gadisku yang manis
coba lihat aku disini
di sini ada aku yang sayang padamu

* walau ku tahu bahwa dirimu
sudah ada yang punya
namun aku tunggu sampai kau mau

reff:
woo woo jangan jangan kau menolak cintaku
jangan jangan kau ragukan hatiku
ku kan selalu setia menunggu
untuk jadi pacarmu

woo woo jangan jangan kau tak terima cintaku
jangan jangan kau hiraukan pacarmu
putuskanlah saja pacarmu
lalu bilang I LOVE U padaku

repeat *
repeat reff [2x]

Friday, July 11, 2008

Yahoo Fantasy Football kembali ~!



Permainan Yahoo Fantasy Football kembali bagi sesi 2008/2009 Liga Perdana Inggeris. Cikgu tahu, beberapa orang pelajar khususnya pelajar lelaki berminat untuk bermain permainan ini kerana faktor minat kepada dunia sukan bola sepak dan yang lebih penting permainan ini boleh dimain secara PERCUMA !!!!. APA??? PERCUMA !!!! aste~ Manis~

Cara mainnya mudah sahaja, kamu hanya perlu memilih beberapa orang pemain yang kamu rasa berkemampuan untuk menjaringkan gol, assist, clean sheet dan sebagainya dalam skuad pasukan kamu. Kiraan mata atau point akan dibuat berdasarkan keputusan sebenar perlawanan Liga Perdana Inggeris di dunia nyata. Bah, jangan lalai.. ikut tia.. manis~

p/s : kalau ramai ikut, cikgu buatkan league khas untuk kamu. league SMJA :D :D :D

Thursday, July 10, 2008

Puisi Klasik – Syair

Cikgu tahu sesetengah daripada kamu tidak pernah terdedah dengan puisi yang berbentuk syair. Satu ketika dahulu, syair sangat popular di kalangan masyarakat orang Melayu yang menerimanya sebagai satu unsur hiburan, pengajaran dan sebagainya. Namun, pada hari ini penggunaan syair sangat-sangat kurang di negara kita menyebabkan ia terhakis dan kita kehilangan salah satu identiti orang Melayu kitani.

Harun Mat Piah (1989) menyatakan bahawa…
1. Syair merupakan salah satu daripada puisi Melayu tradisional.
2. Pada umumnya ia terdiri daripada empat baris serangkap, namun tidak dinafikan juga bahawa terdapat syair yang memiliki lebih daripada empat baris serangkap.
3. Syair mempunyai rima akhir a/a/a/a.
4. Lazimnya setiap rangkap tidak dapat berdiri sendirinya kerana sebuah rangkap itu diperlukan untuk menyampaikan keseluruhan idea yang hendak disampaikan oleh penulis.
5. Contoh (kamu boleh liat pada youtube yang cikgu uploadkan untuk mengenal pasti bagaimana bentuk irama syair. Kemudian kamu bezakan dengan puisi pantun dan sajak yang pernah cikgu tunjukkan kepada kamu):

Tidak tercatit dalam sejarah
Hanya khayalan dongeng semata

Rangkai berangkai semua ceritanya
Penuh kejadian suka dan duka
Begitulah kisah pancha delima
Dari awalnya hingga akhirnya

Kisahnya ini mulai tersurat
Pohon di hutan subur dan rapat
Tegak dan rimbun daunnya lebat
Sang Matahari junam ke Barat

Inilah dia babak pertama
Kereta lembu dengan penunggangnya
Manusia ini Karma namanya
Memotong kayu itu kerjanya

(Sekiranya kamu mahu melihat lebih banyak daripada syair di youtube tersebut, kamu boleh melihatnya melalui filem arahan Seniman P. Ramlee iaitu 'Pancha Delima' (tapi P Ramlee tidak berlakon, hanya mengarahkan filemnya sahaja)

Cikgu harap ia dapat memberikan manfaat kepada kamu memandangkan kamu belum lagi diajar tentang syair di sekolah. Selamat membaca :)

Thursday, July 3, 2008

Karangan Berbentuk Dialog / Skrip / Temu bual

Karangan jenis ini biasanya berbentuk cerita tentang kehidupan yang berlaku pada masa kini. Hasil karangan ini boleh dilakukan semula melalui dialog serta pemilihan watak yang telah ditetapkan oleh penulis. Ia meliputi komponen-komponen tema, plot, watak latar dan bahasa. Mementingkan unsur konflik kehidupan.Dibahagikan kepada babak dan babak dipecahkan kepada adegan (jika terlalu panjang). Perkara yang dibicarakan mestilah menepati kehendak soalan (jika soalan meminta demikian). Sebagai contoh, soalan meminta kamu membincangkan tentang aspek agama jadi dialog, skrip serta temu bual kamu mesti tidak lari dari aspek agama. Memandangkan karangan jenis ini bukan berbentuk karangan formal biasa, jadi adalah lebih baik kamu menulis karangan tersebut sekurang-kurangnya 2 muka surat. Oleh yang demikian, rancanglah perbualan atau dialog kamu dengan sebaik-baiknya agar menepati kehendak soalan.

Contoh Soalan : Ketika kamu mengambil buku guru Bahasa Melayu kamu di bilik disiplin sekolah, kamu terdengar perbualan tentang seorang guru yang sedang memarahi pelajarnya yang didapati telah mengoyak buku perpustakaan sekolah.

Di bilik guru disiplin sekolah, salah seorang pelajar sekolah bernama Ramli sedang berdiri sambil memandang ke lantai berhadapan dengan guru disiplin sekolah iaitu Cikgu Halim.

Cikgu :

Ha! Kenapa kamu buat kerja macam itu, Ramli? Pelajar lain pun hendak membaca majalah itu. Ini kamu koyakkan. Kamu nak bawa keluar pula!

Ramli :

Saya bersalah cikgu. Saya tidak akan buat lagi.

Cikgu :

Kamu harus bertanggungjawab. Perpustakaan itu hak semua pelajar. Perpustakaan itu gedung ilmu. Kalau semua pelajar buat macam kamu, tidak ada gunanyalah! Mula-mula halaman majalah dikoyak, kemudian buku pula. Lama-kelamaan majalah dan buku-buku perpustakaan pula hilang,, Kalau macam inilah, habislah perpustakaan kita.

Ramli :

Saya tahu cikgu tetapi saya amat berminat untuk membaca artikel dalam majalah itu. Saya tak ada duit nak membeli majalah itu. Keluarga saya orang miskin.

Cikgu :

Bukankah kamu boleh membacanya di perpustakaan?

Ramli :

Memanglah boleh cikgu tetapi saya jarang ada kesempatan untuk ke perpustakaan. Petang semalam baru saya ada kesempatan pergi. Sebelum itu jarang saya dapat pergi. Saya kena tolong emak saya menjual ikan di pasar setiap petang.

Cikgu :

Jadi sebab itu kamu koyakkan halaman majalah itu?

Ramli :

Ya, cikgu.

Cikgu :

Saya simpati dengan kemiskinan keluarga kamu tetapi mengoyakkan halaman majalah itu bukan caranya. Tindakan kamu itu menyusahkan orang lain yang ingin membacanya. Mulai bulan depan pihak perpustakaan akan membeli mesin fotokopi. Jadi kalau kamu minat untuk membaca apa sahaja kamu boleh membuat salinan. Harganya pun taklah mahal sangat.

Ramli :

Ya, cikgu. Saya gembira mendengar berita itu.

Cikgu :

Untuk kali ini saya maafkan kamu tapi ingat, sekali lagi kamu membuat kesalahan seperti ini, saya tidak memberikan sebarang tolak ansur lagi.

Ramli :

Terima kasih, cikgu. Saya meminta maaf kerana melakukan kesalahan itu. Saya berjanji tidak akan melakukannya lagi.