Memandangkan banyak yang memberikan post dalam ruangan chat, cikgu balas di sini saja k.. sebab terlalu ramai yang memberikan post.. maaf kalau akhir cikgu membalas =)
Melinda : Akhirnya, cikgu sudah kemaskinikan sedikit.. Cikgu harap para pelajar akan memanfaatkan blog ini untuk pembelajaran kamu..
Iznie : wslm iznie.. erm, iznie mana ne ah? boleh berikan intro sedikit tak? tentang karangan itu, harap-harap kamu boleh mengambil beberapa contoh sebagai panduan karangan kamu.. perlu diingat, jangan ditiru 100% contoh karangan cikgu andai kamu diberikan tajuk yang sama oleh guru kamu.. selamat membuat :)
Munirah : hek eleh.. cikgu Munirah ne.. Wa'alaikumsalam cikgu, gunakanlah seberapa banyak yang mungkin seandainya blog ini dapat memanfaatkan kepada diri kamu :) (Makluman: Cikgu Munirah ialah bakal guru seni lukis, kalau ingin bertanya apa-apa)
aku_raflyn : Terima kasih kerana menyukai blog cikgu.. teruskan menyokong dan kemukakan soalan jika ada sebarang kemusykilan mengenai subjek Bahasa melayu :)
Apiz : maaf.. cikgu lama tidak melawat blog ini, jadi macamana perkembangan pertandingan bahas kamu? cerita la sikit hehe
Aie410 : Silakan lalu.. Cikgu izinkan.. :D
Wafee & Minul : hehe dua orang good boy 5D ani, link untuk blog kamu sudah cikgu ubah.. kalau boleh kekalkan tia kali ani, be in long term relationship k.. study jangan lupa jua beb :D
Aspek-Aspek dalam Bahasa Melayu
- Karangan (4)
- Memodenkan (1)
- Pengetahuan Umum (21)
- Puisi (3)
- Tatabahasa (5)
Sunday, May 24, 2009
Replying Tags
Posted by Mohammad Khairul Aziman Haji Awang Bakar at 9:41 PM 1 comments
Labels: Pengetahuan Umum
Friday, May 22, 2009
Ayat Aktif dan Pasif
Posted by Mohammad Khairul Aziman Haji Awang Bakar at 3:43 AM 0 comments
Labels: Tatabahasa
Tuesday, February 3, 2009
Peperangan yang berlaku di dunia banyak membawa kemusnahan. Bincangkan.
Isi-Isi Penting :
Peperangan membawa kemusnahan kerana :
- memusnahkan harta benda.
- mengorbankan banyak nyawa.
- memusnahkan alam sekitar.
- memincangkan perjalanan ekonomi.
- kesan-kesan sampingan peralatan perang.
- sistem sosial negara menjadi pincang.
Peperangan membawa pelbagai kesan buruk kepada manusia. Peperangan yang biasanya menggunakan peralatan senjata yang semakin canggih, bukan sahaja mengorbankan jiwa manusia malah membawa seribu satu mcm kesan negatif lain. Perang dunia kedua sahaja telah mengorbankan lebih kurang dua juta manusia sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam peperangan tersebut. Kemusnahan perang yang besar inilah yang telah mendorong pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1945 yang bertujuan untuk memelihara keamanan dunia.
Kesan perang yang paling nyata ialah ia banyak mengorbankan nyawa manusia. Peperangan adalah berpunca daripada pertikaian di antara manusia. Dengan demikian matlamat perang adalah untuk menawan secara kekerasan sekelompok manusia. Nyawa terpaksa dipertaruhkan kerana setiap pihak tidak mahu mengalah. Biasanya yang terkorban dalam perang ialah mereka yang terbabit secara langsung dalam peperangan iaitu anggota tentera. Bagaimanapun peperangan juga biasanya akan membabitkan nyawa orang awam. Dalam Perang Teluk yang lalu lebih 10,000 orang awam
Selain itu peperangan juga banyak sekali memusnahkan harta benda. Peralatan ketenteraan yang semakin canggih seperti bom nuklear, meriam dan peluru berpandu berkeupayaan untuk memusnahkan apa sahaja dalam lingkungan sasarannya. Peluru berpandu Scud yang digunakan oleh
Peperangan yang berlaku juga boleh memusnahkan alam sekitar. Peperangan memungkinkan kawasan hutan terbakar. Letupan bom nuklear akan menyebabkan bahan kimia tertentu merosakkan alam sekitar. Bom atom yang digugurkan di
Selain itu peperangan juga akan menyebabkan kepincangan perjalanan ekonomi sesebuah negara. Ekonomi merupakan nadi bagi sesebuah negara. Tanpa sumber ekonomi yang mencukupi, sesebuah negara tidak berupaya untuk berdiri sendiri. Dalam peperangan, ekonomi negara yang terbabit amat penting. Jika ekonomi mereka dilumpuhkan oleh musuh, maka ada kemungkinan untuk mereka kalah dalam peperangan. Dalam peperangan, setiap satu pihak yang bermusuh akan berusaha memusnahkan ekonomi lawannya. Ekonomi juga musnah apabila sasaran perang memusnahkan sumber-sumber ekonomi seperti pertaniaan dan perusahaan.
Sistem peralatan perang semakin hari semakin canggih. Setiap negara berusaha untuk mempercekapkan sistem pertahanan masing-masing dan turut berusaha untuk memenangi peperangan dalam apa cara sekalipun. Inilah yang menimbulkan pelbagai gejala seperti penggunaan racun berbentuk bom kimia dan tenaga nuklear. Bahan-bahan ini mempunyai kesan serta-merta dan sampingan yang berbahaya. Selain dapat membunuh manusia melalui kimia yang terbebas melalui letupan, bahan-bahan itu juga mengancam kehidupan dalam jangka masa panjang. Kecacatan yang dialami oleh bayi-bayi yang dilahirkan di Jepun selepas Perang Dunia Kedua contohnya, telah banyak dihubungkan dengan kesan sampingan bahan kimia.
Peperangan juga boleh menyebabkan kepincangan sistem sosial sesebuah negara. Pengalaman negara yang pernah berperang dan rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum menunjukkan bahawa kesan perang amat besar kepada sistem sosial mereka. Di Yugoslavia yang kini dilanda perang umpamanya, hubungan sentiasa tegang di antara masyarakat Islam dengan bukan Islam disebabkan peperangan di negara mereka. Jumlah orang tua akan melebihi golongan muda dan bilangan perempuan akan melebihi lelaki. Ini kerana orang lelaki yang muda banyak terkorban dalam perang. Keadaan ini sudah tentu menyebabkan sistem sosial sesebuah kelompok masyarakat atau negara itu kurang sempurna.
Jelaslah bahawa peperangan membawa pelbagai kesan negatif kepada manusia dan alam sekitarnya. Peperangan bukanlah penyelesai masalah. Oleh itu peperangan perlu dielakkan. Setiap pihak haruslah bertolak ansur untuk menyelesaikan sebarang pertikaian melalui saluran sah antarabangsa. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan untuk menjamin keamanan dunia. Oleh yang demikian pihak atau negara yang bertikai haruslah menggunakan pertubuhan tersebut untuk menyelesaikan masalah masing-masing. Peperangan bukanlah jawapannya.
Posted by Mohammad Khairul Aziman Haji Awang Bakar at 10:36 PM 1 comments
Labels: Karangan
Sunday, December 7, 2008
Selamat Hari Raya Aidiladha..
Posted by Mohammad Khairul Aziman Haji Awang Bakar at 5:35 PM 0 comments
Labels: Pengetahuan Umum
Wednesday, November 26, 2008
Contoh karangan Perbincangan
Tajuk : Harga barangan di pasaran semakin mahal dari semasa ke semasa. Bincangkan punca-punca kenaikan harga barangan tersebut.
Isu kenaikan harga barangan bukanlah satu fenomena yang baru berlaku pada hari ini. Ia sudah lama berlaku disebabkan oleh peningkatan taraf kehidupan sesebuah masyarakat itu sendiri. Namun, terdapat juga punca-punca yang menyebabkan kenaikan harga barang ini berlaku.
Salah satu punca kenaikan harga barang ialah bencana alam. Bagi negara-negara yang membekalkan hasil-hasil bumi mereka seperti beras, bawang, buah-buahan dan sebagainya terpaksa menaikan harga penjualan yang mendadak naik khususnya apabila berlaku bencana alam seperti banjir, ribut petir, kemarau dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila negara India dilanda banjir kilat harga bawang melonjak naik kerana pengeksportan bawang dari negara itu cukup terhad dan tidak dapat dimiliki oleh semua pengguna.
Selain daripada itu, kenaikan harga minyak juga tidak kurang memberikan impak yang besar dalam kenaikan harga barangan. Ini kerana setiap produk yang diimport memerlukan kos bayaran minyak bagi perkhidmatan penghantaran. Apabila harga minyak melonjak naik secara drastik, secara tidak langsung ia mempengaruhi harga barangan yang diimport tersebut apabila ia dipasarkan kelak. Sebagai contoh, isu yang berlaku baru-baru ini, harga barangan banyak melonjak naik secara mendadak akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang mencecah dua hingga tiga kali ganda daripada harga biasa.
Terdapat juga peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan secara berlebihan. Ini juga salah satu punca harga barangan naik. Hal ini berlaku kerana kurangnya pantauan yang dibuat oleh pihak berkuasa terhadap syarikat-syarikat serta gedung-gedung perniagaan baik yang besar mahupun perniagaan kecil di sesebuah negara tersebut. Apabila berlaku kelonggaran dari segi penguatkuasaan tersebut, tidak mustahil seseorang peniaga itu menaikan harga barangan di kedainya untuk mengaut keuntungan yang lebih.
Walaupun banyak perkara yang mempengaruhi kenaikan harga barang tersebut, namun hal ini masih boleh diatasi dengan adanya penguatkuasaan undang-undang yang ketat yang ditetapkan oleh Jabatan Ekonomi sesebuah negara tersebut. Selain daripada itu, pihak kerajaan sewajarnya memberikan subsidi kepada rakyatnya khususnya di negara-negara miskin. Dengan hal-hal yang sedemikian, saya percaya bahawa ia sekurang-kurangnya boleh mengurangkan masalah kenaikan harga barangan yang berlaku pada hari ini.
Posted by Mohammad Khairul Aziman Haji Awang Bakar at 6:06 PM 3 comments
Labels: Karangan
Majlis Hari Guru & Hari Kenaikan Kelas
Baru-baru ini ada beberapa agenda yang dibuat oleh pihak sekolah iaitu majlis hari guru (atu akhir hahaha) dan hari kenaikan kelas. Dalam kesempatan ini juga cikgu ingin mengucapkan syabas kepada para pelajar yang berjaya melonjak selangkah kehadapan ke tingkatan 5. Pesan cikgu, sudah menengah 5 ini para pelajar perlu memberikan fokus terhadap pelajaran kerana kamu semua akan menghadapi peperiksaan GCE O Level pada tahun hadapan, iaitu tahun penentu kerjaya kamu pada masa hadapan. Berikut ada beberapa gambar untuk dikongsikan bagi tatapan pembaca.
Dalam kesempatan ini, cikgu ingin mengucapkan syabas sekali lagi kepada para pelajar yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya, jangan putus usaha dan perbaiki kesilapan yang lalu agar tidak berulang lagi pada tahun hadapan. Sebagai penutup, SELAMAT BERCUTI SEMUA !!!!!!!!!! JUMPA KAMU PADA TAHUN 2009.
Posted by Mohammad Khairul Aziman Haji Awang Bakar at 12:22 AM 0 comments
Labels: Pengetahuan Umum
Sunday, November 16, 2008
More Pictures Semasa Graduation Day :D
Alhamdulillah.. Segala usaha yang telah cikgu buat selama 20 lebih tahun ini membuahkan hasil. Pesan cikgu, dalam pembelajaran kita semestinya menjadi pengemis ilmu, dan juga yang lebih penting cintakan ilmu. Sekian.
Posted by Mohammad Khairul Aziman Haji Awang Bakar at 2:15 AM 0 comments
Labels: Pengetahuan Umum