CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Aspek-Aspek dalam Bahasa Melayu

Thursday, July 10, 2008

Puisi Klasik – Syair

Cikgu tahu sesetengah daripada kamu tidak pernah terdedah dengan puisi yang berbentuk syair. Satu ketika dahulu, syair sangat popular di kalangan masyarakat orang Melayu yang menerimanya sebagai satu unsur hiburan, pengajaran dan sebagainya. Namun, pada hari ini penggunaan syair sangat-sangat kurang di negara kita menyebabkan ia terhakis dan kita kehilangan salah satu identiti orang Melayu kitani.

Harun Mat Piah (1989) menyatakan bahawa…
1. Syair merupakan salah satu daripada puisi Melayu tradisional.
2. Pada umumnya ia terdiri daripada empat baris serangkap, namun tidak dinafikan juga bahawa terdapat syair yang memiliki lebih daripada empat baris serangkap.
3. Syair mempunyai rima akhir a/a/a/a.
4. Lazimnya setiap rangkap tidak dapat berdiri sendirinya kerana sebuah rangkap itu diperlukan untuk menyampaikan keseluruhan idea yang hendak disampaikan oleh penulis.
5. Contoh (kamu boleh liat pada youtube yang cikgu uploadkan untuk mengenal pasti bagaimana bentuk irama syair. Kemudian kamu bezakan dengan puisi pantun dan sajak yang pernah cikgu tunjukkan kepada kamu):

Tidak tercatit dalam sejarah
Hanya khayalan dongeng semata

Rangkai berangkai semua ceritanya
Penuh kejadian suka dan duka
Begitulah kisah pancha delima
Dari awalnya hingga akhirnya

Kisahnya ini mulai tersurat
Pohon di hutan subur dan rapat
Tegak dan rimbun daunnya lebat
Sang Matahari junam ke Barat

Inilah dia babak pertama
Kereta lembu dengan penunggangnya
Manusia ini Karma namanya
Memotong kayu itu kerjanya

(Sekiranya kamu mahu melihat lebih banyak daripada syair di youtube tersebut, kamu boleh melihatnya melalui filem arahan Seniman P. Ramlee iaitu 'Pancha Delima' (tapi P Ramlee tidak berlakon, hanya mengarahkan filemnya sahaja)

Cikgu harap ia dapat memberikan manfaat kepada kamu memandangkan kamu belum lagi diajar tentang syair di sekolah. Selamat membaca :)

0 comments: