CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Aspek-Aspek dalam Bahasa Melayu

Sunday, August 31, 2008

Selamat Hari Jadi Raihan (Fasihah's brother)

Aksi Pelajar-Pelajar 4B menunggu giliran *ahaha*


*simbur jangan tak simbur*

Kelmarin cikgu ada menghadiri majlis hari jadi adik lelaki Fasihah (menengah 4B), syok wo.. main simbur-simbur air.. ada bauncer lagi haha tapi cikgu tidak main hehe i know my age :P nanti cikgu minta lagi gambar arah ameerah yer.. :)

Sunday, August 10, 2008

Maklum Balas dari Chat Box

Kepada Melinda :
Hilang adat tegal muafakat
Maksud :
Perkara adat yang berakar umbi sekali pun dapat diubah jika mendapat persetujuan ramai.

Huraian : maksudnya, sesuatu perkara itu iaitu adat kebiasaan kita sehari-hari dapat diubah (iaitu tidak dikekalkan) jika mendapat persetujuan ramai.

Sebagai contoh, semasa penghijrahan Rasulullah SAW ke bumi Yathrib baginda melihat kaum muslimin di sana mengamalkan sistem riba (bunga). Rasulullah SAW menyeru umat Islam supaya meninggalkannya walaupun pada ketika itu perkara tersebut sudah menjadi amalan penduduk di sana. Jadi perubahan yang dibuat oleh Rasulullah itu boleh dikategorikan Hilang adat tegal muafakat. Sebab Rasulullah bukan memberikan perintah tetapi melalui persetujuan saudaranya di sana.

Kepada Naz :

Bagi peribahasa kamu tu, ada dua jenis peribahasa yang sama, :
Pertama : 'menerima panjang tangan menghulur jarang sekali'
Kedua : 'menerima panjang tangan, menghulur sekali belum'

Maksud: Perangai orang yang tamak hanya mahu menerima pemberian orang tetapi tidak pernah memberi.

Kepada Fadhli :

Burung terbang dipipiskan lada.
Maksud : Bersiap sedia untuk meraih hasil yang belum diperoleh / merancang sesuatu yg belum tentu diperolehi.

dipipiskan bermaksud dihancurkan seperti debu / disalutkan

Kepada Fauzan : bahagian mana kamu minta terangkan?

Wednesday, August 6, 2008

Kesalahan Imbuhan Yang Kerap Berlaku Dalam Karangan Pelajar

Penggunaan imbuhan yang tidak sesuai merupakan kesalahan yang kerap kita temui dalam tulisan. Oleh kerana itu, para pelajar hendaklah mengenal pasti kesalahan imbuhan tersebut dan membetulkannnya.
Contoh:
Ahmad memberi makanan kepada arnab. (salah)


Penggunaan imbuhan yang tepat ialah ” memberikan” kerana imbuhan meN…kan menerima objek yang tidak bernyawa, manakala imbuhan meN….i menerima objek yang bernyawa.
a) Ahmad memberi arnab makanan. (betul)
b) Ahmad memberikan makanan kepada arnab. (betul)


=====================================================================

Tuesday, August 5, 2008

Definisi Peribahasa

Wah.. sekarang baru menggalakkan sesi penyoalannya di kalangan pelajar-pelajar cikgu ahah

1. Burung terbang dipipiskan lada membawa maksud 'keuntungan belum diperoleh dalam tangan, sudah dibagi-bagikan' atau 'merancang sesuatu yg belum tentu diperolehi.'
Maksud peribahasa di atas merujuk kepada angan-angan seseorang yang terlalu awal merancang walaupun pada hakikatnya belum ada hitam putihnya lagi. Sebagai contoh, dalam permulaan liga perdana Inggeris (belum mula liga) setiap pasukan tidak boleh memiliki sikap sedemikian kerana terlalu awal untuk menentukan sedangkan sesuatu yang hendak dicapai itu belum ada dalam genggaman. Itu maksud burung terbang dipipiskan lada.


2. Gajah seberang laut nampak, kuman depan mata tak nampak
Literal translation: Elephant across the seas can be seen, germs in front of the eyes is unseen.
The bad of others can be seen, one's bad goes unnoticed. (aiseh~ Inggeris ah)

Peribahasa di atas menggunakan simbolik yang sangat ketara dan berbeza dari segi sifat dan fizikalnya. Simbolik ialah menggunakan sesuatu benda sama ada bernyawa atau tidak untuk mewakili sesuatu pihak. Sebagai contoh (daripada peribahasa tersebut), ia bukan merujuk kepada gajah dan kuman sebenarnya tetapi merujuk kepada manusia yang disimbolikkan atau dilambangkan gajah dan kuman tersebut. Oleh yang demikian, apabila para pelajar menjawab soalan peribahasa yang kamu tidak tahu maknanya gunakan andaian yang logik dan dapat diterima akal.

Contoh : Kamal digelar Gajah seberang laut nampak, kuman depan mata tak nampak oleh rakan sepejabatnya kerana sikapnya yang suka mencari kesalahan orang walhal apabila dirinya membuat silap dia langsung buat tak endah.

3. ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis bermaksud 'Hendaklah beringat-ingat agar tidak mendapat kesusahan'.

Peribahasa nombor 3 ini lebih berunsur nasihat. Lazimnya, ia digunakan oleh orang tua kita untuk menasihati kita supaya sentiasa beringat-ingat dan berwaspada. Secara ringkasnya, peribahasa tersebut menyerupai peribahasa 'sediakan payung sebelum hujan' yang juga membawa maksud supaya bersedia-sedia sebelum mendapat sesuatu musibah atau perkara yang dihadapi.

*** akan bersambung dengan soalan-soalan berikut. Cikgu harap apabila kamu membaca blog cikgu bahagian ini, kamu bukan sekadar mencatat jawapannya sahaja tetapi cikgu mahukan kamu berfikir sendiri bagi menjawab peribahasa-peribahasa yang kamu tidak tahu sama sekali maksudnya. Ini penting kerana Bahasa Melayu kaya dengan peribahasa, simpulan bahasa, pepatah, perumpamaan dan sebagainya. Oleh yang demikian, jangan hairan sekiranya kamu disoal dengan peribahasa-peribahasa yang tidak pernah diajarkan kepada kamu. Secara ringkasnya, pembacaan kamu penting untuk mengemaskinikan perbendaharaan kata yang kamu miliki.