CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Aspek-Aspek dalam Bahasa Melayu

Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha..

Salam Aidiladha kepada semua pembaca. Cikgu tidak akan membuat post yang dalam masa terdekat ini bagi menghormati cuti para pelajar hehehe apa-apa pun, kalau ada daging jangan lupa hantar ke rumah cikgu ya? wawawa

Jangan lupa doakan kesejahteraan bagi para jemaah Haji Brunei d Tanah Suci Mekah di sana ye. Semoga selamat pergi selamat balik. Amin !

Wednesday, November 26, 2008

Contoh karangan Perbincangan

Tajuk : Harga barangan di pasaran semakin mahal dari semasa ke semasa. Bincangkan punca-punca kenaikan harga barangan tersebut.

Isu kenaikan harga barangan bukanlah satu fenomena yang baru berlaku pada hari ini. Ia sudah lama berlaku disebabkan oleh peningkatan taraf kehidupan sesebuah masyarakat itu sendiri. Namun, terdapat juga punca-punca yang menyebabkan kenaikan harga barang ini berlaku.


Salah satu punca kenaikan harga barang ialah bencana alam. Bagi negara-negara yang membekalkan hasil-hasil bumi mereka seperti beras, bawang, buah-buahan dan sebagainya terpaksa menaikan harga penjualan yang mendadak naik khususnya apabila berlaku bencana alam seperti banjir, ribut petir, kemarau dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila negara India dilanda banjir kilat harga bawang melonjak naik kerana pengeksportan bawang dari negara itu cukup terhad dan tidak dapat dimiliki oleh semua pengguna.


Selain daripada itu, kenaikan harga minyak juga tidak kurang memberikan impak yang besar dalam kenaikan harga barangan. Ini kerana setiap produk yang diimport memerlukan kos bayaran minyak bagi perkhidmatan penghantaran. Apabila harga minyak melonjak naik secara drastik, secara tidak langsung ia mempengaruhi harga barangan yang diimport tersebut apabila ia dipasarkan kelak. Sebagai contoh, isu yang berlaku baru-baru ini, harga barangan banyak melonjak naik secara mendadak akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang mencecah dua hingga tiga kali ganda daripada harga biasa.


Terdapat juga peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan secara berlebihan. Ini juga salah satu punca harga barangan naik. Hal ini berlaku kerana kurangnya pantauan yang dibuat oleh pihak berkuasa terhadap syarikat-syarikat serta gedung-gedung perniagaan baik yang besar mahupun perniagaan kecil di sesebuah negara tersebut. Apabila berlaku kelonggaran dari segi penguatkuasaan tersebut, tidak mustahil seseorang peniaga itu menaikan harga barangan di kedainya untuk mengaut keuntungan yang lebih.


Walaupun banyak perkara yang mempengaruhi kenaikan harga barang tersebut, namun hal ini masih boleh diatasi dengan adanya penguatkuasaan undang-undang yang ketat yang ditetapkan oleh Jabatan Ekonomi sesebuah negara tersebut. Selain daripada itu, pihak kerajaan sewajarnya memberikan subsidi kepada rakyatnya khususnya di negara-negara miskin. Dengan hal-hal yang sedemikian, saya percaya bahawa ia sekurang-kurangnya boleh mengurangkan masalah kenaikan harga barangan yang berlaku pada hari ini.

Majlis Hari Guru & Hari Kenaikan Kelas

Baru-baru ini ada beberapa agenda yang dibuat oleh pihak sekolah iaitu majlis hari guru (atu akhir hahaha) dan hari kenaikan kelas. Dalam kesempatan ini juga cikgu ingin mengucapkan syabas kepada para pelajar yang berjaya melonjak selangkah kehadapan ke tingkatan 5. Pesan cikgu, sudah menengah 5 ini para pelajar perlu memberikan fokus terhadap pelajaran kerana kamu semua akan menghadapi peperiksaan GCE O Level pada tahun hadapan, iaitu tahun penentu kerjaya kamu pada masa hadapan. Berikut ada beberapa gambar untuk dikongsikan bagi tatapan pembaca.

Gembira berada dalam kelas baru (5D)

Hehe ini namanya semangat. Siap menulis kelas 5C lagi di papan tulis ^^

haha ada-ada saja. Ani kira kes nada keraja la ni
(Sorry Aie, gambarmu nda ready ah hahaha)

Pose Maut daripada si Chai, Haziq & Faiz kepada yang berkenan di luar sana haha

hehe yang tengah-tengah ketua. wawawa

Pose maut bahagian kedua. Yang dua orang lain buat apa tu? hhmmm..

Zon lepak baru bagi pelajar-pelajar menengah 5 hehehe

*winkz*

Di antara pelajar-pelajar perempuan menengah 5C (2009)

hehe teka. Siapa pesona bintangnya? =P

Dalam kesempatan ini, cikgu ingin mengucapkan syabas sekali lagi kepada para pelajar yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya, jangan putus usaha dan perbaiki kesilapan yang lalu agar tidak berulang lagi pada tahun hadapan. Sebagai penutup, SELAMAT BERCUTI SEMUA !!!!!!!!!! JUMPA KAMU PADA TAHUN 2009.

Sunday, November 16, 2008

More Pictures Semasa Graduation Day :D

Inilah yang dikejar oleh semua mahasiswa UBD.. Yang diusahakan selama ini.. Yang menyebabkan cikgu adakalanya tidak tidur seharian kerana tugasan yang diberikan haha tapi walaupun demikian, ia bukan pengukur seseorang.. Bukan kelulusan yang dinilai tetapi bagaimana kita memanfaatkan ilmu yang ada untuk anak bangsa, negara dan raja lebih penting daripada segulung ijazah yang dimiliki.

Sewaktu di peringkat menengah, pilihlah rakan-rakan yang kamu rasa boleh sama-sama dibawa berjuang untuk mencapai menara gading. Apa guna ada rakan, jika sekiranya mereka menghancurkan diri dan masa depan kamu. Bukan cikgu melarang untuk berkawan, adakalanya perasaan gila-gila perlu dikeluarkan juga tetapi jangan sampai melupakan diri.

Alhamdulillah.. Segala usaha yang telah cikgu buat selama 20 lebih tahun ini membuahkan hasil. Pesan cikgu, dalam pembelajaran kita semestinya menjadi pengemis ilmu, dan juga yang lebih penting cintakan ilmu. Sekian.

Tuesday, November 4, 2008

Tahniah kepada graduan guru-guru TP SM SMJA (11.02.2008 - 29.05.2008)

Cikgu Ratna (Guru TP Mata Pelajaran Sains Menengah 4)

Cikgu Hane Akmal (Guru TP Bahasa Inggeris Menengah 4)

Cikgu Teo (Guru TP Mata Pelajaran Sains Menengah 2 dan 4)

Cikgu Antonia (Guru TP Mata Pelajaran Matematik Menengah 2)

Guru-Guru TP :
Cikgu Aziz Al-Hakeem dan Cikgu Khalilah Roslin (Guru TP Subjek MIB - menengah 2 dan Sastera - menengah 4)
Ustaz Sarul dan Ustaz Haji Salleh(Guru TP Subjek IRK - Menengah 2 dan Sastera - menengah 4)
Cikgu Khairul Aziman (^_^) - Guru TP Subjek Bahasa Melayu Menengah 4
Cikgu Khadijah (Guru TP Subjek Sejarah dan Ekaun - dan Menengah 4)
Cikgu Norlisa (Guru TP Subjek Sejarah - Menengah 2)

Tahniah lagi sekali kepada semua guru-guru TP Sekolah Menengah SM SMJA sesi 2008. Semoga kejayaan para guru ini menjadi pemangkin kepada para pelajar sekalian untuk terus berusaha dan belajar demi mencapai kejayaan yang diidam-idamkan.

Sekian.

Thursday, October 16, 2008

Irama Deklamasi (membaca) Sajak



Yang ini adalah contoh deklamasi sajak yang berunsur memberikan penekanan terhadap isi kandungan sajak yang dibaca. Sebagaimana yang para pelajar ketahui, sajak tidak mengandungi sebarang pembayang. Kesemua ayat dalam setiap rangkap mewakili isi dan maksud yang tertentu. Cikgu harap kamu masih lagi ingat ciri-ciri sesebuah sajak ye.. hehe cikgu tidak akan post lagi di sini sebab kamu sudah pun mempelajarinya. :D

Monday, October 13, 2008

Sambutan Hari Raya di SM SMJA @ 11/10/2008





Selamat Hari Raya kepada semua pelajar-pelajar SMJA, hehe semoga raya pada tahun ini membawa banyak makna serta kenangan yang indah buat kamu semua. Sekian.

Maaf kalau beberapa gambar di atas mempunyai beberapa unsur kurang sopan. Gambar yang ada arah cikgu terlalu terhad. Kalau kamu ada gambar yang lagi bisai, emailkan cikgu k. :)

Friday, September 26, 2008

Pantun (disampaikan dalam bentuk joget)



Video di atas menunjukkan tentang bagaimana indahnya puisi yang berbentuk pantun dideklamasikan dalam bentuk joget. Ini bertujuan untuk merancakkan lagi alunan gendangnya yang selaras dengan bahasa indah yang digunakan dalam pantun tersebut.

Dari Melaka ke Negeri Pahang
Singgah di Johor beli barangan;
Kami mengucap selamatlah datang
Harap yang kurang dicaci jangan.

Pukullah gendang kulit kerbau
Dalam majlis tari-menari;
Saya seorang daganglah merantau
Mengharap belas orang di sini.

Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan;
Niatlah datang nak buatlah jasa
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan.

Sebagaimana yang sudah diajarkan kepada para pelajar, pantun mempunyai ciri-ciri berikut :
- mempunyai pembayang dan maksud.
- empat baris serangkap.
- rima akhir setiap baris adalah a/b/a/b.

Jadi bagi pantun di atas, warna kuning menunjukkan pembayang manakala warna merah menunjukkan maksud yang cuba disampaikan oleh seseorang tersebut.

Thursday, September 25, 2008

Sungkai Beramai-Ramai Bersama Pelajar Menengah 4B @ Swensens 25/09/2008 & Menengah 4D @ Wecan 15/09/2008




Kepada para pelajar cikgu menengah 4B, maaf sebab cikgu tidak kesampaian untuk mempostnya semalam. Ini disebabkan oleh koneksi internet yang agak perlahan. Walau apa-apa pun, cikgu ucapkan terima kasih kepada para pelajar yang menjemput cikgu serta semua yang hadir memeriahkan lagi majlis sungkai di Swensen The Mall ini. Haha Macam-Macam Karenah ada kali ah~ hehe orang yang datang saja tahu tu.

====================================================================

Gambar di atas ini pula di antara gambar-gambar sewaktu sungkai luar bersama-sama pelajar menengah 4D (Terima kasih pelajar menengah 4D) di Restoran Wecan, Gadong. Kami bersungkai beramai-ramai pada 15/09/2008 yang lalu. Maaf kalau cikgu lambat post, sbebab cikgu nada gambar-gambarnya kalau dipost nda jua siuk hehe jadi cikgu ambillah beberapa gambar dari blogspot Wafee dan Mienul. Jadi kalau abiskita kan melihat lagi gambar-gambar tersebut, boleh tekan pada link blogspot mereka di bahagian senarai laman web menarik cikgu.


Selepas ini, Cikgu looking forward untuk sungkai luar bersama 4C pula yang akan diadakan pada 27hb September ini di The Mall Gadong (kedai mana belum tahu). Sekian saja dulu untuk post cikgu kali ini.

Wednesday, September 24, 2008

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Di kesempatan ini, cikgu ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pelajar-pelajar cikgu dan juga pembaca-pembaca setia blog bahasamelayuf4smja ini sama ada pembaca yang aktif atau mereka-mereka yang bergelar silent reader . Sori ye nak hantar kad raya untuk semua mahal so cikgu hantar post di sini saja hehehe. Selamat Hari Raya yang akan menjelang dan cikgu ingin meminta ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri cikgu sempena hari raya yang datang tidak lama lagi.

Tuesday, September 23, 2008

Selamat Beramal Pada Malam-Malam Lailatul Qadar

Salam kepada pelajar-pelajar cikgu dan pembaca blog semua.. Di kesempatan ini, saya selaku Tuan empunya blog ini ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kamu semua di atas kesudian menyokong blog bahasamelayuf4smja ini selama ini. InsyaAllah, post-post yang baru akan dibuat pada masa akan datang. Memandangkan ketika ini, kita berada di 10 malam terakhir bulan Ramadhan ingin Cikgu berkongsikan satu laman web yang membolehkan kita untuk membaca Al-Quran secara online bagi memudahkan para pembaca semua. Semoga segala amalan yang dikerjakan mendapat pahala daripada Allah SWT jua. Amin Ya Rabbal 'Alamin. Selamat membaca. Sekian. http://www.quranflash.com/en/quranflash.html

Thursday, September 11, 2008

Selamat Menyambut Bulan Puasa Kepada Semua Umat Muslimin & Muslimat serta Warga SM SMJA

Semoga Segala Amalan Kita DiTerima Sepanjang Bulan Ramadhan ini & Tadahkanlah Tangan Tanda Bersyukur Kerana Dipertemukan Dengan Bulan Ramadhan Yang Mulia Ini.

p/s : Janganlah kamu sekadar berpuasa sahaja.. berpuasa tanpa mengerjakan amalan-amalan wajib yang lain seperti sembahyang dan sebagainya.. tidak memadai kerana sembahyang itu ibarat tiang agama.. Jika kamu mengerjakannya, teguhlah agama.. jika kamu meninggalkannya, maka robohlah agama.. ingat tu k.. Assalamualaikum.. :)

Karangan Berbentuk Teks Perbahasan (iaitu berbentuk ucapan)


  1. Karangan jenis ini terbahagi kepada dua; berbentuk pertandingan atau mengeluarkan pendapat.
  2. Bagi karangan yang berbentuk pertandingan mestilah ada pencadang atau penyanggah.
  3. Jika anda sebagai pencadang, anda perlu menyokong tajuk yang diberikan. Sebaliknya, jika anda sebagai penyanggah, anda perlulah menentang tajuk yang diberikan.
  4. Format karangan jenis ini sama seperti format ucapan, iaitu didahului dengan kata-kata menghadap majlis, kemudian diikuti dengan hujah-hujah penting, dan diakhiri dengan penutup. (Mengikut kehendak soalan).
  5. Sebagai pencadang, anda perlulah memberikan hujah-hujah yang bernas bagi menyokong tajuk berkenaan.
  6. Anda perlulah menyokong setiap hujah yang diberikan dengan penerangan serta contoh-contoh yang jelas.
  7. Elakkan daripada bersetuju dengan hujah pihak lawan (yang bertentangan).
  8. Sebagai penyanggah pula, anda perlu mematahkan hujah-hujah pihak pencadang dengan memberikan alasan-alasan yang meyakinkan.
  9. Gunakan bahasa yang tepat dan jelas agar hujah-hujah anda mudah difahami.
  10. Anda juga digalakkan menyertakan puisi seperti pantun untuk menunjukkan kemahiran dalam berbahasa.

Contoh Karangan Perbahasan

MASALAH REMAJA LARI DARI RUMAH BUKAN HANYA BERPUNCA DARIPADA KURANGNYA KASIH SAYANG IBU BAPA

Cahaya matahari menyilau mata,

Rasa pedih berusaha menahan;

Lafaz bismllah pembuka kata,

Gelanggang pertandingan segera dimulakan.

Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, TuanPengetua Sekolah Menengah Kebangsaa Perempuan Temenggung Ibrahim, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, barisan pembangkang, guru-guru, dan rakan pelajar sekalian. Terlebih dahulu. kami barisan pencadang tetap berpendirian bahawa tajuk perbahasan ini, "Masalah Remaja Lari dari Rumah Bukan Hanya Berpunca daripada Kurangnya Kasih Sayang Ibu Bapa" memang tepat dan tidak pcrlu dipersoalkan lagi. Sebelum saya membahaskan lebih lanjut. elok sekiranya saya menyimpulkan makna remaja lari dari rumah. Remaja yang lari dari rumah ialah remaja yang meninggalkan rumah tanpa restu daripada ibu bapa menuju ke satu lempat yang biasaanya tidak diketahui oleh ahli keluarganya. Mereka bertindak sedemikian kerana perasaan tidak puas hati atau didorong keinginan memperoleh sesuatu. Manakala kurangnya kasih sayang meliputi perhatian dan belaian kemesraan. Dewasa ini, akhbar-akhbar menyiarkan berita tentang remaja yang lari dari rumah. Walaupun pelbagai usaha telah diambil untuk membendung masalah ini. tetapi nampaknya sehingga kini masalah remaja lari dari rumah belum juga berakhir.

Hadirin yang dimuliakan,

Hujah saya yang pertama, remaja yang berusia lingkungan 12 hingga 21 tahun merupakan golongan yang menempuh alam kritikal; penuh perasaan. menganggap segala tindakannya betul, kurang mendengar nasihat orang lain, dan suka mencuba sesuatu yang baru. Dalam meniti usia ini, golongan ini menganggap segala tindakannya adalah benar dan tiada sesiapa yang holeh melarang. Kata-kata orang yang lebih dewasa dan berpengalaman, baik ibu bapa, guru, mahupun saudara mara tidak diendahkan. Mereka tidak takut untuk meninggalkan rumah kerana banyak tempat yang boleh didiami; rumah rakan ataupun bekerja yang diyakini majikan mereka akan menyediakan tempat tinggal. Berbekalkan keyakinan yang tidak semua benar, mereka akan berasa selamat tinggal di luar rumah. Atas alasan yang longgar mereka tidak berasa bersalah meninggalkan rumah, mengecewakan ibu bapa, sakali gus menepikan masa depan. Mereka tidak kisah sama ada ibu menangis atau meratap, ayah kecewa atau marah,. Yang penting, kata hati perlu dituruti.

Hujah saya yang kedua, faktor rakan-rakan boleh dibahagikan kepada dua; rakan yang sama aliran atau teman lelaki bagi remaja perempuan. Rata-rata dipengaruhi oleh teman lelaki. Teman lelaki mereka mempunyai kedudukan yang baik dari segi fizikal: bergaya dengan pakaian berjenama, berketerampilan menarik. dan berkereta mewah. Pemuda yang kita tidak tahu hati budinya, biasanya bagaikan musang berhulu ayam, akan memerangkap remaja dengan kata-kata yang indah, selain memberi hadiah. Remaja perempuan yang tidak pernah menikmati kemewahan akan mudah terperangkap dengan pujuk rayu yang boleh menggetarkan perasaan. Mereka dijanjikan dengan pekerjaan yang menarik dan gaji melebihi RM2,000.00 sebulan, berpeluang melancong, dan mendiami rumah mewah. Remaja yang akalnya Cuma sejengkal dan bosan pula menghadapi timbunan buku, tanpa berfikir panjang akan terpengaruh dengan pujukan jejaka idaman hati. Kata orang, buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turuti.

Hadirin yang dikasihi,

Hujah saya yang ketiga, kurangnya didikan agarna. Sebaik-baiknya, anak yang berusia selewat-lewatnya tujuh tahun telah dihantar ke sekolah agama dan diajar membaca al-Quran. Tetapi disebabkan ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan menghadapi kesukaran untuk menghantar dan mengambil anak di sekolah agama, mereka berasa cukup menghantar anak ke sekolah kebangsaan. Sebenarnya agama yang dipelajari dan jika dihayati di hati dan di jiwa boleh menjadi benteng seseorang itu daripada melakukan sesuatu perkara yang buruk. Apa yang berlaku sekarang, sudahlah pendidikan agama kurang, ibu bapa pula tidak memberi teladan yang baik kepada anak-anak. Mintalah anak hersolat dan berpuasa sebagai contoh, tidak akan dituruti oleh sianak jika si ibu atau ayah tidak melakukannya. Disebahkan kurangnya didikan agama, anak-anak yang terabai ini tiada sempadan dalam bertindak lalu perbuatan lari dari rumah dianggap perkara biasa bagi remaja yang jiwanya telah kosong dengan roh keagamaan.

Hujah saya yang keempat ialah pengaruh media massa. Media massa kita, baik televisyen, akhbar, dan majalah sering menyiarkan berita dari Barat yang memaparkan remaja yang rosak akhlaknya. Jika pun tidak berita dari Barat, paparan artis tempatan yang berpakaian menjolok mata sudah cuknp membuatkan pembaca yang terdiri daripada golongan remaja memikirkan hal-hal yang negatif. Keadaan diburukan lagi dengan paparan daripada internet; paparan maklumat seluas-luasnya dan apa sahaja yang ingin dicapai hanya perlu menekan butang pada papan kekunci. Bagi remaja dari Barat. hidup bersama kekasih tanpa nikah bukanlah sesuatu kesalahan. Malah, perbuatan lari dari rumah, terutamanya golongan artis Barat juga sesuatu yang lazim. Disebabkan bahan yang dihaca selalu memaparkan unsur yang negatif, sedar atau tidak, segala tindakan yang bakal diambil sering bertentangan dengan nilai-nilai hudaya tempatan.

Hadirin yang dikasihi,

Hujah saya yang kelima, sikap masyarakat juga menyebabkan remaja lari dari rumah. Jika dulu. terutamnnya apabila anak-anak dara herkelakuan tidak senonoh, masyarakat kampung akan menegur ataupun rnembuat aduan terus kepada ibu bapa mereka. Kini, keadaan ini boleh dikatakan tiada lagi, bukan sahaja berlaku di bandar-bandar besar, malahan di kampung-kampung. Sikap seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing menjadi amalan sesetengah masyarakat. Ini berpunca daripada kesibukan menumpukan perhatian terhadap kerjaya sehinggakan masalah jiran di sebelah rumah pun tiada siapa yang tahu. Jika mereka mengamalkan sikap seperti aur dengan tebing, sudah tentu mereka akan tegur sekiranya terlihat seorang pemuda yang tidak dikenaii berbual-bual dengan anak dara jiran sehingga larut malam. Sikap masyarakat yang negatif ini seakan-akan memberi ruang kepada remaja melakukan perkara yang dirasakan betul, tetapi sebenarnya bersalahan daripada nilai kehidupan masyarakat madani.

Izinkan saya membidas hujah pembangkang pertama tadi. Menurutnya, ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap anak mereka menyebabkan anak menjadi liar. Sebenamya, dalam kesibukan ibu bapa memberi tumpuan terhadap kerjaya, anak-anak memang kurang diberi perhatian. Kalaulah ini menjadi asas remaja lari dari rumah, sudah tentu ribuan lagi remaja saban hari akan meninggalkan rumah. sebab boleh dikatakan rata-rata ibu bapa sekarang menumpukan perhatian terhadap kerjaya sehinggakan anak terasa terabai. Kalau sekadar alasan ibu bapa kurang memberi perhatian, tiada sebab si anak mahun lari dari rumah. Anak tahu ibu bapa mereka bekerja untuk mencari nafkah dan menyediakan yang terbaik untuk masa depan mereka. Jadi, mengapakah remaja lari dari rumah? Inilah persoalan yang pihak kami barisan pencadang hujahkan. Mereka lari kerana ada faktor-faktor di luar rumah yang sudah tersedia menanti.

Hadirin yang dimuliakan,

Berdasarkan hujah-hujah yang saya berikan, sudah terang lagi bersuluh, kini sudah terbukti bahawa masalah remaja lari dari rumah bukan hanya berpunca daripada kurangnya kasih sayang ibu bapa, sebaliknya banyak faktor-faktor lain yang berpunca daripada faktor di luar rumah. Jadi, kami menyeru barisan pembangkang agar menyertai barisan kami yang lebih berani mengemukakan hujah yang benar, tepat, dan meyakinkan. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Hujah saya ini akan disambung oleh rakan saya yang lain. Sebelum saya menangguhkan perbahasan ini, izinkan saya lafazkan serangkap pantun yang berbunyi,

Dari runtuhnya kota Melaka,

Bersama kita dirikan Putrajaya;

Hujah palsu bohong belaka,

Akan ditangkis seberapa daya.

Sekian, terima kasih.


Sunday, August 31, 2008

Selamat Hari Jadi Raihan (Fasihah's brother)

Aksi Pelajar-Pelajar 4B menunggu giliran *ahaha*


*simbur jangan tak simbur*

Kelmarin cikgu ada menghadiri majlis hari jadi adik lelaki Fasihah (menengah 4B), syok wo.. main simbur-simbur air.. ada bauncer lagi haha tapi cikgu tidak main hehe i know my age :P nanti cikgu minta lagi gambar arah ameerah yer.. :)

Sunday, August 10, 2008

Maklum Balas dari Chat Box

Kepada Melinda :
Hilang adat tegal muafakat
Maksud :
Perkara adat yang berakar umbi sekali pun dapat diubah jika mendapat persetujuan ramai.

Huraian : maksudnya, sesuatu perkara itu iaitu adat kebiasaan kita sehari-hari dapat diubah (iaitu tidak dikekalkan) jika mendapat persetujuan ramai.

Sebagai contoh, semasa penghijrahan Rasulullah SAW ke bumi Yathrib baginda melihat kaum muslimin di sana mengamalkan sistem riba (bunga). Rasulullah SAW menyeru umat Islam supaya meninggalkannya walaupun pada ketika itu perkara tersebut sudah menjadi amalan penduduk di sana. Jadi perubahan yang dibuat oleh Rasulullah itu boleh dikategorikan Hilang adat tegal muafakat. Sebab Rasulullah bukan memberikan perintah tetapi melalui persetujuan saudaranya di sana.

Kepada Naz :

Bagi peribahasa kamu tu, ada dua jenis peribahasa yang sama, :
Pertama : 'menerima panjang tangan menghulur jarang sekali'
Kedua : 'menerima panjang tangan, menghulur sekali belum'

Maksud: Perangai orang yang tamak hanya mahu menerima pemberian orang tetapi tidak pernah memberi.

Kepada Fadhli :

Burung terbang dipipiskan lada.
Maksud : Bersiap sedia untuk meraih hasil yang belum diperoleh / merancang sesuatu yg belum tentu diperolehi.

dipipiskan bermaksud dihancurkan seperti debu / disalutkan

Kepada Fauzan : bahagian mana kamu minta terangkan?

Wednesday, August 6, 2008

Kesalahan Imbuhan Yang Kerap Berlaku Dalam Karangan Pelajar

Penggunaan imbuhan yang tidak sesuai merupakan kesalahan yang kerap kita temui dalam tulisan. Oleh kerana itu, para pelajar hendaklah mengenal pasti kesalahan imbuhan tersebut dan membetulkannnya.
Contoh:
Ahmad memberi makanan kepada arnab. (salah)


Penggunaan imbuhan yang tepat ialah ” memberikan” kerana imbuhan meN…kan menerima objek yang tidak bernyawa, manakala imbuhan meN….i menerima objek yang bernyawa.
a) Ahmad memberi arnab makanan. (betul)
b) Ahmad memberikan makanan kepada arnab. (betul)


=====================================================================

Tuesday, August 5, 2008

Definisi Peribahasa

Wah.. sekarang baru menggalakkan sesi penyoalannya di kalangan pelajar-pelajar cikgu ahah

1. Burung terbang dipipiskan lada membawa maksud 'keuntungan belum diperoleh dalam tangan, sudah dibagi-bagikan' atau 'merancang sesuatu yg belum tentu diperolehi.'
Maksud peribahasa di atas merujuk kepada angan-angan seseorang yang terlalu awal merancang walaupun pada hakikatnya belum ada hitam putihnya lagi. Sebagai contoh, dalam permulaan liga perdana Inggeris (belum mula liga) setiap pasukan tidak boleh memiliki sikap sedemikian kerana terlalu awal untuk menentukan sedangkan sesuatu yang hendak dicapai itu belum ada dalam genggaman. Itu maksud burung terbang dipipiskan lada.


2. Gajah seberang laut nampak, kuman depan mata tak nampak
Literal translation: Elephant across the seas can be seen, germs in front of the eyes is unseen.
The bad of others can be seen, one's bad goes unnoticed. (aiseh~ Inggeris ah)

Peribahasa di atas menggunakan simbolik yang sangat ketara dan berbeza dari segi sifat dan fizikalnya. Simbolik ialah menggunakan sesuatu benda sama ada bernyawa atau tidak untuk mewakili sesuatu pihak. Sebagai contoh (daripada peribahasa tersebut), ia bukan merujuk kepada gajah dan kuman sebenarnya tetapi merujuk kepada manusia yang disimbolikkan atau dilambangkan gajah dan kuman tersebut. Oleh yang demikian, apabila para pelajar menjawab soalan peribahasa yang kamu tidak tahu maknanya gunakan andaian yang logik dan dapat diterima akal.

Contoh : Kamal digelar Gajah seberang laut nampak, kuman depan mata tak nampak oleh rakan sepejabatnya kerana sikapnya yang suka mencari kesalahan orang walhal apabila dirinya membuat silap dia langsung buat tak endah.

3. ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis bermaksud 'Hendaklah beringat-ingat agar tidak mendapat kesusahan'.

Peribahasa nombor 3 ini lebih berunsur nasihat. Lazimnya, ia digunakan oleh orang tua kita untuk menasihati kita supaya sentiasa beringat-ingat dan berwaspada. Secara ringkasnya, peribahasa tersebut menyerupai peribahasa 'sediakan payung sebelum hujan' yang juga membawa maksud supaya bersedia-sedia sebelum mendapat sesuatu musibah atau perkara yang dihadapi.

*** akan bersambung dengan soalan-soalan berikut. Cikgu harap apabila kamu membaca blog cikgu bahagian ini, kamu bukan sekadar mencatat jawapannya sahaja tetapi cikgu mahukan kamu berfikir sendiri bagi menjawab peribahasa-peribahasa yang kamu tidak tahu sama sekali maksudnya. Ini penting kerana Bahasa Melayu kaya dengan peribahasa, simpulan bahasa, pepatah, perumpamaan dan sebagainya. Oleh yang demikian, jangan hairan sekiranya kamu disoal dengan peribahasa-peribahasa yang tidak pernah diajarkan kepada kamu. Secara ringkasnya, pembacaan kamu penting untuk mengemaskinikan perbendaharaan kata yang kamu miliki.

Tuesday, July 29, 2008

Lawatan Pelajar-Pelajar Ke Pusat Persidangan Antarabangsa

Hari ini, tanggal 29/07/2008, pelajar-pelajar cikgu ada dibawa melawat oleh pihak Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam ke Pusat Persidangan Antarabangsa pada sebelah petang bagi menyaksikan expo Majlis Ilmu, Dikir dan sebagainya di bawah kawalan guru-guru pengawas khususnya guru kelas masing-masing.
Jom kita mulakan dengan gambar-gambar ala-ala *candid* dan gambar-gambar lain.
Gelagat pelajar-pelajar perempuan 4B (Keluarga Gosh) selepas bergambar :P

Yang ini candid part kedua hehe pelajar-pelajar cikgu dari menengah 4C ni tidak sedar mereka telah digambar. Tu lihat saja Melinda, Kah Hui, Zahidah dan Nafisah hehe didnt realise it right? hahaha

Sewaktu cikgu melalui sudut Pameran Majlis Ilmu, cikgu terperangkap dengan bilangan murid-murid sekolah rendah yang ramai haha kamu lihat saja gambar di atas ni, berjalan pun terpaksa inchit-inchit nya orang kitani hahaha

Cikgu suka gambar di atas ini, baru peringkat sekolah rendah sudah didedahkan dengan aktiviti pementasan drama oleh pihak sekolah serta guru-guru mereka. Very Interesting ~!


Seterusnya sesi fotografi kontrol macho n ayu sorang - sorang hahaha kalau senyum nampak gigi, make sure giginya inda belada yer ahah

Ahli-Ahli Gangstar 4B.. Yang Baju iTaMzz Ketua (hahaha =P~)

Cikgu Khairul dengan Keluarga Gosh~ (tapi ada yang missing in action : Nadia, Sook Yee, Pei Si, San San) n sum of them ada aktiviti PRS di Maktab SOAS

Cuba teka apa si Sheikh Mahmud buat selepas begambar ani? wawawa *Melinda tahu tu haha*

Sook Yee, me, Nadia & Bahriah

Pelajar-Pelajar Sir Akeem : Fatiyah, Kiah, Martini, Shidah
(Apa.. The BoyZ nya nda mau bgambar ah.. d(-_-)b


P/S : Kepada pelajar-pelajar cikgu yang menjemput cikgu datang ke ICC tadi, terima kasih banyak-banyak. Sekurang-kurangnya cikgu ada waktu dan masa yang lain untuk diluangkan kepada kamu selain di Sekolah Menengah SMJA atu hehehe. Kepada pelajar-pelajar cikgu yang terlibat dengan PRS di Maktab SOAS, kalau kamu selitkan gambar kamu di blog cikgu, email saja cikgu yer.. atau post saja arah chat box cikgu.. cikgu sukarela menguploadkan untuk kamu ^______^