CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Aspek-Aspek dalam Bahasa Melayu

Wednesday, November 26, 2008

Contoh karangan Perbincangan

Tajuk : Harga barangan di pasaran semakin mahal dari semasa ke semasa. Bincangkan punca-punca kenaikan harga barangan tersebut.

Isu kenaikan harga barangan bukanlah satu fenomena yang baru berlaku pada hari ini. Ia sudah lama berlaku disebabkan oleh peningkatan taraf kehidupan sesebuah masyarakat itu sendiri. Namun, terdapat juga punca-punca yang menyebabkan kenaikan harga barang ini berlaku.


Salah satu punca kenaikan harga barang ialah bencana alam. Bagi negara-negara yang membekalkan hasil-hasil bumi mereka seperti beras, bawang, buah-buahan dan sebagainya terpaksa menaikan harga penjualan yang mendadak naik khususnya apabila berlaku bencana alam seperti banjir, ribut petir, kemarau dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila negara India dilanda banjir kilat harga bawang melonjak naik kerana pengeksportan bawang dari negara itu cukup terhad dan tidak dapat dimiliki oleh semua pengguna.


Selain daripada itu, kenaikan harga minyak juga tidak kurang memberikan impak yang besar dalam kenaikan harga barangan. Ini kerana setiap produk yang diimport memerlukan kos bayaran minyak bagi perkhidmatan penghantaran. Apabila harga minyak melonjak naik secara drastik, secara tidak langsung ia mempengaruhi harga barangan yang diimport tersebut apabila ia dipasarkan kelak. Sebagai contoh, isu yang berlaku baru-baru ini, harga barangan banyak melonjak naik secara mendadak akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang mencecah dua hingga tiga kali ganda daripada harga biasa.


Terdapat juga peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan secara berlebihan. Ini juga salah satu punca harga barangan naik. Hal ini berlaku kerana kurangnya pantauan yang dibuat oleh pihak berkuasa terhadap syarikat-syarikat serta gedung-gedung perniagaan baik yang besar mahupun perniagaan kecil di sesebuah negara tersebut. Apabila berlaku kelonggaran dari segi penguatkuasaan tersebut, tidak mustahil seseorang peniaga itu menaikan harga barangan di kedainya untuk mengaut keuntungan yang lebih.


Walaupun banyak perkara yang mempengaruhi kenaikan harga barang tersebut, namun hal ini masih boleh diatasi dengan adanya penguatkuasaan undang-undang yang ketat yang ditetapkan oleh Jabatan Ekonomi sesebuah negara tersebut. Selain daripada itu, pihak kerajaan sewajarnya memberikan subsidi kepada rakyatnya khususnya di negara-negara miskin. Dengan hal-hal yang sedemikian, saya percaya bahawa ia sekurang-kurangnya boleh mengurangkan masalah kenaikan harga barangan yang berlaku pada hari ini.

3 comments:

chikrevo said...

Karangan awk telah menarik minat sy utk belajar membuat karang .

tetapi sy sgt lemah dlm membuat karangan .

boleh x awk tlong ajarkn sy ?


please !

tahun nie sy SPM .

alexandariah_iskandar said...

bagus sangat karangan awak,ia membantu saya memberi serba sedikit bagaimana nak mereka ayat bedasarkan isi yang diberi,terima kasih..^^

alexandariah_iskandar said...

terima kasih ya,karangan awak serba sedikit membantu saya untuk mereka ayat bedasarkan isi-isi yang diperolehi saya,terima kasih.^^