Salam Aidiladha kepada semua pembaca. Cikgu tidak akan membuat post yang dalam masa terdekat ini bagi menghormati cuti para pelajar hehehe apa-apa pun, kalau ada daging jangan lupa hantar ke rumah cikgu ya? wawawaAspek-Aspek dalam Bahasa Melayu
- Karangan (4)
- Memodenkan (1)
- Pengetahuan Umum (21)
- Puisi (3)
- Tatabahasa (5)
Sunday, December 7, 2008
Selamat Hari Raya Aidiladha..
Salam Aidiladha kepada semua pembaca. Cikgu tidak akan membuat post yang dalam masa terdekat ini bagi menghormati cuti para pelajar hehehe apa-apa pun, kalau ada daging jangan lupa hantar ke rumah cikgu ya? wawawaPosted by Mohammad Khairul Aziman Haji Awang Bakar at 5:35 PM 0 comments
Labels: Pengetahuan Umum
Wednesday, November 26, 2008
Contoh karangan Perbincangan
Tajuk : Harga barangan di pasaran semakin mahal dari semasa ke semasa. Bincangkan punca-punca kenaikan harga barangan tersebut.
Isu kenaikan harga barangan bukanlah satu fenomena yang baru berlaku pada hari ini. Ia sudah lama berlaku disebabkan oleh peningkatan taraf kehidupan sesebuah masyarakat itu sendiri. Namun, terdapat juga punca-punca yang menyebabkan kenaikan harga barang ini berlaku.
Salah satu punca kenaikan harga barang ialah bencana alam. Bagi negara-negara yang membekalkan hasil-hasil bumi mereka seperti beras, bawang, buah-buahan dan sebagainya terpaksa menaikan harga penjualan yang mendadak naik khususnya apabila berlaku bencana alam seperti banjir, ribut petir, kemarau dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila negara India dilanda banjir kilat harga bawang melonjak naik kerana pengeksportan bawang dari negara itu cukup terhad dan tidak dapat dimiliki oleh semua pengguna.
Selain daripada itu, kenaikan harga minyak juga tidak kurang memberikan impak yang besar dalam kenaikan harga barangan. Ini kerana setiap produk yang diimport memerlukan kos bayaran minyak bagi perkhidmatan penghantaran. Apabila harga minyak melonjak naik secara drastik, secara tidak langsung ia mempengaruhi harga barangan yang diimport tersebut apabila ia dipasarkan kelak. Sebagai contoh, isu yang berlaku baru-baru ini, harga barangan banyak melonjak naik secara mendadak akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang mencecah dua hingga tiga kali ganda daripada harga biasa.
Terdapat juga peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan secara berlebihan. Ini juga salah satu punca harga barangan naik. Hal ini berlaku kerana kurangnya pantauan yang dibuat oleh pihak berkuasa terhadap syarikat-syarikat serta gedung-gedung perniagaan baik yang besar mahupun perniagaan kecil di sesebuah negara tersebut. Apabila berlaku kelonggaran dari segi penguatkuasaan tersebut, tidak mustahil seseorang peniaga itu menaikan harga barangan di kedainya untuk mengaut keuntungan yang lebih.
Walaupun banyak perkara yang mempengaruhi kenaikan harga barang tersebut, namun hal ini masih boleh diatasi dengan adanya penguatkuasaan undang-undang yang ketat yang ditetapkan oleh Jabatan Ekonomi sesebuah negara tersebut. Selain daripada itu, pihak kerajaan sewajarnya memberikan subsidi kepada rakyatnya khususnya di negara-negara miskin. Dengan hal-hal yang sedemikian, saya percaya bahawa ia sekurang-kurangnya boleh mengurangkan masalah kenaikan harga barangan yang berlaku pada hari ini.
Posted by Mohammad Khairul Aziman Haji Awang Bakar at 6:06 PM 3 comments
Labels: Karangan
Majlis Hari Guru & Hari Kenaikan Kelas
Baru-baru ini ada beberapa agenda yang dibuat oleh pihak sekolah iaitu majlis hari guru (atu akhir hahaha) dan hari kenaikan kelas. Dalam kesempatan ini juga cikgu ingin mengucapkan syabas kepada para pelajar yang berjaya melonjak selangkah kehadapan ke tingkatan 5. Pesan cikgu, sudah menengah 5 ini para pelajar perlu memberikan fokus terhadap pelajaran kerana kamu semua akan menghadapi peperiksaan GCE O Level pada tahun hadapan, iaitu tahun penentu kerjaya kamu pada masa hadapan. Berikut ada beberapa gambar untuk dikongsikan bagi tatapan pembaca.
Dalam kesempatan ini, cikgu ingin mengucapkan syabas sekali lagi kepada para pelajar yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya, jangan putus usaha dan perbaiki kesilapan yang lalu agar tidak berulang lagi pada tahun hadapan. Sebagai penutup, SELAMAT BERCUTI SEMUA !!!!!!!!!! JUMPA KAMU PADA TAHUN 2009.
Posted by Mohammad Khairul Aziman Haji Awang Bakar at 12:22 AM 0 comments
Labels: Pengetahuan Umum
Sunday, November 16, 2008
More Pictures Semasa Graduation Day :D
Inilah yang dikejar oleh semua mahasiswa UBD.. Yang diusahakan selama ini.. Yang menyebabkan cikgu adakalanya tidak tidur seharian kerana tugasan yang diberikan haha tapi walaupun demikian, ia bukan pengukur seseorang.. Bukan kelulusan yang dinilai tetapi bagaimana kita memanfaatkan ilmu yang ada untuk anak bangsa, negara dan raja lebih penting daripada segulung ijazah yang dimiliki.
Alhamdulillah.. Segala usaha yang telah cikgu buat selama 20 lebih tahun ini membuahkan hasil. Pesan cikgu, dalam pembelajaran kita semestinya menjadi pengemis ilmu, dan juga yang lebih penting cintakan ilmu. Sekian.
Posted by Mohammad Khairul Aziman Haji Awang Bakar at 2:15 AM 0 comments
Labels: Pengetahuan Umum
Tuesday, November 4, 2008
Tahniah kepada graduan guru-guru TP SM SMJA (11.02.2008 - 29.05.2008)
Cikgu Aziz Al-Hakeem dan Cikgu Khalilah Roslin (Guru TP Subjek MIB - menengah 2 dan Sastera - menengah 4)
Ustaz Sarul dan Ustaz Haji Salleh(Guru TP Subjek IRK - Menengah 2 dan Sastera - menengah 4)
Cikgu Khairul Aziman (^_^) - Guru TP Subjek Bahasa Melayu Menengah 4
Cikgu Khadijah (Guru TP Subjek Sejarah dan Ekaun - dan Menengah 4)
Cikgu Norlisa (Guru TP Subjek Sejarah - Menengah 2)
Tahniah lagi sekali kepada semua guru-guru TP Sekolah Menengah SM SMJA sesi 2008. Semoga kejayaan para guru ini menjadi pemangkin kepada para pelajar sekalian untuk terus berusaha dan belajar demi mencapai kejayaan yang diidam-idamkan.
Sekian.
Posted by Mohammad Khairul Aziman Haji Awang Bakar at 2:27 AM 0 comments
Labels: Pengetahuan Umum
Thursday, October 16, 2008
Irama Deklamasi (membaca) Sajak
Posted by Mohammad Khairul Aziman Haji Awang Bakar at 1:44 AM 0 comments
Labels: Puisi
Monday, October 13, 2008
Sambutan Hari Raya di SM SMJA @ 11/10/2008

Selamat Hari Raya kepada semua pelajar-pelajar SMJA, hehe semoga raya pada tahun ini membawa banyak makna serta kenangan yang indah buat kamu semua. Sekian.
Maaf kalau beberapa gambar di atas mempunyai beberapa unsur kurang sopan. Gambar yang ada arah cikgu terlalu terhad. Kalau kamu ada gambar yang lagi bisai, emailkan cikgu k. :)
Posted by Mohammad Khairul Aziman Haji Awang Bakar at 8:40 PM 0 comments
Labels: Pengetahuan Umum









