CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Aspek-Aspek dalam Bahasa Melayu

Wednesday, June 25, 2008

Bagaimana mengenal pasti keterangan dalam ayat aktif dan ayat pasif

Kepada para pelajar cikgu sekalian, di sini cikgu akan menerangkan tentang bagaimana hendak mengenal pasti keterangan dalam ayat aktif dan ayat pasif. Mula-mula sekali kamu perlu mengenal pasti perkara-perkara berikut, iaitu :
1. Subjek.
2. Kata kerja aktif (bagi ayat aktif)
3. kata kerja pasif (bagi ayat pasif)
4. Objek yang dikenakan perbuatan ke atasnya.

Selain daripada ke empat-empat perkara di atas, itulah yang dinamakan sebagai keterangan. TETAPI INGAT, perkara yang berkaitan dengan objek bukan keterangan.

Sebagai contoh :
Kami menyaksikan perlawanan Manchester United dengan Brunei Darussalam di Stadium Old Trafford semalam.

Kami (Subjek - kata ganti diri pertama)
menyaksikan (Kata kerja aktif)
perlawanan Manchester United dengan Brunei Darussalam (objek iaitu yang kamu kenakan perbuatan ke atasnya iaitu menyaksikan)
di Stadium Old Trafford semalam. (Keterangan - iaitu di mana dan bila)

Oleh sebab itu ayat pasifnya ialah ;
Perlawanan Manchester United dengan Brunei Darussalam (Pendepanan objek) kami (subjek yang diletakkan di hadapan kata kerja pasif) saksikan (pengguguran imbuhan awal tetapi dikekalkan imbuhan akhir) di Stadium Old Trafford semalam (Keterangan yang dikekalkan).

Jadi ayat tersebut ditulis seperti berikut :
Perlawanan Manchester United dengan Brunei Darussalam kami saksikan di Stadium Old Trafford semalam.

Tapi ayat berikut berlainan pula keterangannya disebabkan oleh keterangan yang terikat dengan objek yang mesti dikekalkan.

Contoh :
Dia memulangkan buku yang dipinjamnya dari Perpustakaan sekolah.

ayat yang cikgu gariskan di atas mesti dikekalkan kerana hubungan objek dengan keterangan tersebut begitu kuat dan terikat. Ia tidak boleh dipisahkan sama sekali kerana apabila dipisahkan ia boleh memberikan maksud yang berbeza dari ayat aktif yang asal.

Oleh sebab itu, cara penulisan ayat pasifnya ialah :
Buku yang dipinjamnya dari Perpustakaan sekolah dipulangkan olehnya / atau dipulangkannya.

Jika ada bahagian kamu tidak faham, jangan malu untuk bertanya kepada cikgu.

p/s : cikgu masih lagi menunggu pelajar-pelajar dari menengah 4C untuk mengisi ruang bertanya dan mari bercerita yang cikgu sediakan.

0 comments: