CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Aspek-Aspek dalam Bahasa Melayu

Wednesday, June 25, 2008

Format Peperiksaan Setengah Tahun Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Bagi peperiksaan setengah tahun yang akan bermula pada minggu hadapan, format yang digunakan agak berbeza dengan format ujian bulanan yang lalu. Kertas Bahasa Melayu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Kertas Bahasa Melayu 1 dan Kertas Bahasa Melayu 2.

Bahasa Melayu 1 (1 jam 30 minit) :
Kertas ini meminta kamu menulis sebuah karangan. Jumlah perkataan kamu bagi peperiksaan karangan ini adalah tidak boleh kurang dari 350 patah perkataan dan tidak lebih daripada 600 patah perkataan. Jika karangan kamu kurang atau lebih dari jumlah perkataan tersebut, markah akan dipotong mengikut skim penilaian peperiksaan O Level yang sebenar.

Kertas Bahasa Melayu 1 ini mengandungi 6 soalan pilihan. Kamu diminta untuk memilih satu sahaja daripada kesemua soalan tersebut. Kamu dinasihatkan untuk berfikir panjang agar karangan yang kamu tulis nanti tidak terhenti di pertengahan jalan disebabkan oleh ketandusan idea. Namun, kesemua 6 soalan karangan tersebut sudah kamu pelajari dari pengajaran karangan yang lalu.

Berikut ialah format pemarkahan kertas Bahasa Melayu 1:
Isi = 45 Markah.
Bahasa = 35 Markah.
Teknik = 20 Markah.
(Jumlah Markah Penuh Bagi Kertas 1 ialah 100%)


Bahasa Melayu 2 (1jam 30 minit) :
Kertas ini lebih fokus kepada aspek-aspek yang lain selain karangan. Kertas ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian A dan bahagian B.

Bahagian A WAJIB DIJAWAB dan bahagian A tersebut adalah 'Ringkasan'.

Bahagian B mengandungi 3 soalan, dan kamu dikehendaki untuk menjawab 2 soalan daripada 3 soalan. Di antara aspek yang disoalkan dalam bahagian B ini ialah :
- Kefahaman.
- Membina ayat.
- Ayat Biasa dan Ayat Songsang.
- Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk.
- Perambahan Brunei.
- Memodenkan.
- Puisi.
- Cakap Ajuk dan Cakap Pindah.
(Kesemua sudah cikgu ajarkan kepada kamu)

Bahagian B ini mempunyai soalan yang bercampur-aduk, sebagai contoh soalan 3 mengandungi soalan tentang memodenkan, bina ayat dan cakap ajuk cakap pindah. Jadi, jangan hanya memfokuskan pada beberapa aspek sahaja. Ini membolehkan kamu keciciran markah jika kamu berbuat demikian.

Kamu dinasihatkan untuk meluangkan masa selama 25 minit bagi setiap soalan. Jika sekiranya waktu yang kamu peruntukkan tamat, tinggalkan dulu jawapan tersebut dan jawab soalan yang lain pula dan jika ada masa yang lebih kembali semula ke soalan yang kamu belum selesai jawab tadi. Yang penting ialah kertas dua ini menguji sejauh mana kamu bijak menggunakan masa yang diberikan bagi menyelesaikan keseluruhan soalan kertas 2.

Skim pemarkahan bagi kertas Bahasa Melayu ialah :
Bahagian A : 40 Markah. (1 Soalan)
Bahagian B : 60 Markah. (2 Soalan)

0 comments: