CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Aspek-Aspek dalam Bahasa Melayu

Wednesday, June 25, 2008

Bercinta sewaktu di sekolah menengah : wajar atau tidak?


Sebenarnya, cikgu tidak bercadang untuk mempost perihal percintaan ini dalam blog cikgu sebab ia sememangnya tiada perkaitan dengan peperiksaan dan sebagainya. Namun, memandangkan banyak masalah-masalah serta isu yang cikgu lihat yang ada di kalangan kamu semasa cikgu mengajar, jadi cikgu rasa cikgu perlu memaparkan petikan ini untuk tatapan pelajar-pelajar yang cikgu kasihi.

Cinta? Apa itu cinta? Banyak para pelajar melihat percintaan itu dari satu sudut saja iaitu untuk suka-suka, sayang-menyayangi apa. Cikgu boleh definisikan cinta itu sebenarnya sesuatu yang kompleks. Ada yang cakap keiklasan penting, ada yang cakap lawa penting, ada yang cakap kaya penting, itu semua persepsi dan pandangan masing-masing. Namun, cikgu secara peribadi bersetuju mengatakan keikhlasan merupakan satu aspek yang penting dalam percintaan, sebab cinta itu melibatkan hati dan perasaan. Namun, pertikaian tentang ikhlas itu selalunya dituju arah satu pihak saja, padahal yang bercinta dua orang, lelaki dan perempuan.

Jika sekiranya pasangan bercinta itu berusia di antara 12 hingga 17 tahun, 100% cikgu yakin mereka belum tahu apa itu cinta. Sebab itu ia dipanggil 'CINTA MONYET'. Namun seperti yang dapat kamu perhatikan di sekeliling kamu, kita dapat lihat ramai orang sudah berpasangan sejak umur 12-15 tahun kan? Oleh sebab itu, cikgu tidak hairan jika mereka gagal dalam percintaan, sebab mereka masih belum matang tentang hal cinta. Kamu pun sudah membaca cerpen 'Hendak Seribu Daya', kamu sendiri setuju bahawa sekolah tempat untuk belajar dan bukan untuk tujuan yang lain. Hal ini boleh kamu lihat sewaktu Ibnu terpegun melihat kecantikan Salina sebelum kuliah bermula. Patutkah tu? ibu bapa beranggapan kamu belajar bersungguh-sungguh di kelas tapi kamu lebih fokus kepada perkara lain pula? wajar? kalau wajar, beritahu cikgu kenapa kamu berfikir demikian.

Sebab itu ramai orang dewasa khususnya ibu bapa dan guru-guru kamu melarang kamu bercinta ketika usia masih terlalu muda atau baru setahun jagung, sebab orang dewasa sudah dapat agak bahawa percintaan mereka itu hanya sementara. Betapa serius pun kita bercinta (pada anggapan diri sendiri) tetapi satu hari yang kita tidak tahu bila hubungan percintaan kita tergugat. Melalui pemerhatian cikgu, terlalu sedikit orang yang bercinta dalam usia begini berjaya sampai ke jinjang pelamin, sebaliknya banyak percintaan mereka putus di tengah jalan. Misalnya saja orang-orang yang ada di sekeliling cikgu yang sama umuran cikgu, hampir semua BF atau GF mereka itu BUKAN BF atau GF mereka ketika di sekolah menengah, tetapi hampir semuanya adalah orang baru yang mereka kenal selepas sekolah menengah, selalunya selepas menengah 5. Sebab itu cikgu paling risau apabila terdapat segelintir pelajar-pelajar cikgu bercinta sepenuh hati. Helo, Islam menggalakkan umatnya cinta sepenuh hati apabila seseorang itu bergelar suami atau isteri kepada seseorang individu tersebut. Sebab itu, dahulu tidak ada istilah cinta sebelum perkahwinan, selepas perkahwinan baru ada percintaan itu lebih bahagia.

Kamu mungkin tidak setuju kenapa cikgu cakap kegagalan dalam percintaan lebih banyak wujud di kalangan diri kamu. Ada banyak punca dalam hal ini sebenarnya, bukan setakat ikhlas atau tidak sahaja. Banyak lagi aspek-aspek yang lain. Antaranya, hubungan itu putus sebab ada orang ketiga. Ini punca yang paling-paling banyak berlaku. Mengapa ia berlaku? Sedangkan waktu bercinta berjanji akan setia, berkata tentang masa depan bersama dan segalanya dengan ungkapan-ungkapan bahasa yang indah macam 'Only YOur mY oNLy 1 lah', 'Miss my HunnY BunNy', 'aku sayang si atu sorang saja'. Tetapi akhirnya cinta berpaling juga kepada orang lain. Kehadiran orang ketiga selalu terjadi sebab bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Kita bukan hidup pada zaman Adam dan Hawa, yang cuma dua orang makhluk saja yang ada dalam bumi Allah ini. Oleh sebab itu, cikgu selalu beritahu kamu cikgu sayang kamu semua. Sayang cikgu bukan seperti sayang yang kamu istilahkan sampai sepenuh hati atu. Sayang cikgu adalah asas untuk memudahkan lagi cikgu berkomunikasi dengan kamu dengan lebih berkesan. Jadi, jika asas percintaan itu sudah salah, jangan hairan apabila besar kemungkinan hubungan cinta itu akan putus.

Cikgu yakin dalam setiap hubungan cinta, persoalan ikhlas pernah diutarakan, misalnya kita bertanya kepada pasangan kita, apakah dia ikhlas dengan kita? Sama ada ia jawab ikhlas atau tidak itu bukan satu kepastian. Cikgu selalu ingat, ’orang yang ikhlas, ia tidak akan memberitahu kita bahawa ia ikhlas, ia akan mendiamkannya’, ini bermakna orang yang memberitahu kita bahawa dia ikhlas, ia hampir dengan kepura-puraan, kerana ikhlas itu urusan kita dengan Tuhan. Di dunia ini, siapa yang ikhlas itu tiada siapa pun tahu melainkan ia dengan Tuhan. Oleh itu, tak perlu banyak fikir sama ada pasangan kita ikhlas atau tidak, jika kita bercinta dengannya, bercintalah berpada-pada, biarlah jika hubungan itu berterusan atau terputus, kita tidak rugi apa-apa. Sebab itu cikgu ingin kemukakan di sini supaya jangan 100% terlalu taksub dalam bercinta. Perasaan menyayangi dan ingin disayangi itu memang ada dalam diri kamu, memang cikgu tidak nafikan itu semua. Namun, cikgu amat tidak bersetuju apabila kamu bercinta dengan sepenuh hati sampai sanggup melakukan apa sahaja. Sebab itu, guru-guru risau kalau perkara tersebut terjadi sampai ke tahap tidak dapat mereka kawal lagi.

Jadi nasihat cikgu, jika kamu ada BF atau GF, bercintalah secara sederhana, jangan bila esok kamu terpaksa putus hubungan dengannya, kamu frust habis. Cikgu menasihati ini secara tidak langsung juga cikgu menasihati diri cikgu sendiri sebab cikgu tahu pelajar-pelajar cikgu mempunyai akal untuk berfikir, fikirkan tentang adakah wajar atau mesti berdua-duaan bagi dating dan sebagainya? Cikgu sangat takut apabila wujud kehadiran makhluk durjana yang ketiga yang sememangnya bertujuan untuk mendorong kamu menuju ke arah membuat dosa. Ingat, dalam percintaan yang tidak ada batasan ada yang sampai sanggup menggadaikan maruah dan harga diri, bertindak bunuh diri sedangkan kamu tahu bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor.

Jadi dalam bercinta, bersederhana saja, supaya apabila hubungan itu berterusan kita bahagia, dan apabila hubungan itu terputus kita tidak terlalu kecewa.Punca hubungan cinta itu terputus ada banyak lagi. Ramai juga yang putus selepas menengah 5 kerana selepas menengah 5, selalunya masing-masing akan membawa haluan hidup sendiri, ada yang akan meneruskan ke menengah enam, ada yang melanjutkan pelajaran di luar negeri, ada yang masuk ke Maktab perguruan, maktab jururawat, ke universiti, dan sebagainya, jadi mereka akan berjumpa dan bergaul rapat lagi dengan orang lain seperti mereka bergaul rapat dengan kita dahulu hingga menimbulkan bibit-bibit cinta. Akhirnya kekasih yang jauh ditinggalkan dan orang yang hampir akan dijadikan pengganti. Hal ini pernah cikgu alami sendiri sewaktu cikgu meninggalkan SM SMJA untuk meneruskan ke Pusat Tingkatan 6. Waktu itu, cikgu tidak punya siapa-siapa. Kawan-kawan lelaki cikgu tidak ada yang melayakkan diri ke Pusat Tingkatan 6. Yang ada pun kawan-kawan cikgu yang perempuan sahaja, itu pun mereka ditempatkan di Maktab Duli manakala Cikgu sendiri di Maktab Soas. Alhamdulillah, disebabkan oleh cikgu tidak terlalu bergaul atau kamcing dengan rakan-rakan cikgu sekelas cikgu dapat membiasakan diri dengan cepat. Dalam masa beberapa hari, cikgu mendapat kawan yang lebih cikgu percayai daripada kawan-kawan cikgu yang sekelas dengan cikgu sewaktu menengah 5 dahulu.

Cikgu post semua ini, bukan cuma untuk masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ambil maksud yang tersirat dan yang tersurat yang ada dalam petikan cikgu di atas. Cikgu harap kamu dapat manfaatkan mesej yang cuba cikgu sampaikan dalam blogspot cikgu ini memandangkan masa cikgu untuk bersama kamu sangat-sangat terhad semenjak cikgu tidak lagi mengajar di SM SMJA.

Akhir kata dari cikgu, bercintalah sepenuh hati kepada TuhanMu kerana cinta Allah kepada kita lebih hakiki daripada cinta kita sesama makhluk. Besederhanalah kita dalam percintaan, jangan dibiarkan akal dikawal oleh perkara lain kerana melalui akal lah Allah meninggikan darjat kita daripada makhluk-makhluknya yang lain.



Cinta itu suatu yang kompleks untuk diberi pengertian. Memang ia selalu hadir dalam hidup manusia, tetapi ia masih sukar untuk diberi makna kerana apa yang kita rasa selalunya bukan cinta yang sebenarnya.


Selalu orang katakan, ketika berdepan dengan seseorang itu pada awalnya, ia akan terasa seperti nervous, berdebar dan adakalanya suara tersekat-sekat, lalu beranggapan bahawa dia telah jatuh cinta, padahal itu dinamakan SUKA. Apabila kita bercinta disebabkan suka, selalunya apabila perkara yang kita suka itu sudah tidak ada, hubungan akan menjadi tidak stabil. Misalnya suka kerana fizikal, tetapi apabila suatu hari fizikalnya berubah atau berlaku apa-apa kecacatan, ia akan mula ingin berpaling mencari yang lain. Ini juga berlaku jika menyukai sikap seseorang. Apabila sikapnya berubah, hubungan akan retak. Makanya ia bukan dinamakan cinta.


Ada ketikanya apabila kita terpandangkan seseorang yang rasanya seperti telah memikat hati, kita tertawan sehingga pandangan terhadapnya kalau boleh tidak dilepaskan. Orang selalu beranggapan itu maknanya dia telah jatuh cinta kepada orang itu. Padahal itu adalah NAFSU. Setelah ia berjaya memilikinya, namun apabila ia terlihat lagi orang lain yang juga menarik perhatiannya, ia akan bertindak yang sama, ingin memiliki orang lain tersebut. Sebab itu hubungan berdasarkan nafsu selalunya tidak kekal.


Perasaan sunyi yang menyelubungi hati, ditambah lagi perasaan iri terhadap orang sekeliling yang ceria dan berhibur dengan pasangan masing-masing, ini membuatkan kita inginkan pasangan kita berada di sisi, alangkah baik kan? orang akan anggap itulah cinta padahal itu adalah KESEPIAN. Memang kesunyian akan hilang apabila si dia hadir di sisi, tetapi kesepian juga akan hilang jika kawan-kawan atau keluarga membawa kita untuk berhibur.


Cuba lihat orang yang selama ini kita anggap sebagai pasangan kita, adakah kita bercinta kerana tidak ingin melukakan hatinya? Jika ya, maka itu bukan cinta yang sebenarnya tetapi itu adalah BELAS KASIHAN. Kita berusaha menjaga hatinya, tetapi kadang-kala pada masa yang sama, kita membiarkan hati sendiri terluka.


Atau adakah kita bercinta dengan seseorang itu kerana sebelum ini dirinya berjaya menawan hati kita, membuatkan kita sering teringatkannya, siang malam asyik dia saja yang terbayang di minda? Mungkin itulah cinta, tetapi padahal itu adalah GILA BAYANG. Hati manusia terlalu mudah dihasut Iblis untuk menggilai orang lain kerana apabila Iblis berjaya membuatkan kita tergila-gila terhadap seseorang, usahanya untuk menghampirkan kita kepada maksiat akan berjaya.


Apabila seseorang itu melakukan kesalahan, dan kita memaafkannya, menerima kesilapannya kerana kita ambil berat terhadapnya, itu bukan cinta tetapi SAHABAT. Apabila seseorang itu mengatakan, hanya kita yang selalu dia fikirkan, maka itu bukan cinta tetapi DUSTA. Dan apabila kita sanggup memberikan apa-apa yang kita ada untuk kepentingan dirinya, itu bukan cinta tetapi itulah sifat MURAH HATI.


Jadi bukankah definisi sebenar cinta itu sukar untuk ditakrifkan secara spesifik, betul dan tepat? Jika kamu bercinta BERASASkan perkara-perkara di atas, maka itu bukan cinta sebenar. Tetapi apabila ASAS hubungan cinta itu adalah betul, jadi beberapa perkara di atas tadi perlu ada. Misalnya ambil berat, setia, suka, belas kasihan, murah hati dan sebagainya itu perlu ada untuk menjaga hubungan. Oleh itu, apa yang paling penting ialah ASAS hubungan percintaan itu berlandaskan apa?


Cinta itu ialah apabila kamu tetap bersamanya dalam keadaan suka dan duka. Malah keadaan-keadaan ini akan mengeratkan lagi hubungan kita. Apabila si dia melakukan kesalahan, kita memaafkannya dan menerima kesalahan itu bukan kerana menjaga hatinya tetapi kerana itu adalah dirinya, dan kita menerima dia seadanya. Jika kita tertarik kepada orang lain lagi, tetapi hati kita tetap pada psangan kita, itulah CINTA. Dan hubungan yang berdasarkan cinta, kamu akan bersedih apabila pasangan kamu berdukacita, walaupun dia kuat untuk menghadapinya, tetapi kamu akan berusaha untuk mengatasinya. Kamu melakukan demikian bukan kerana kamu ambil berat terhadapnya, tetapi kerana kamu hanya akan gembira apabila dia gembira. Itulah CINTA.


Cinta itu pula perlu disemai dengan kekuatan fikiran, kekuatan untuk menghormati, kekuatan untuk memberi, kekuatan kepercayaan, kekuatan untuk melepaskan kisah lalu, bebaskan diri agar dapat menerimanya, komitmen, konsisten, kejujuran, terima seadanya, memahami, simpati, bertolak ansur, tidak berdendam, berfikiran terbuka, jangan selalu berdamping, persamaan, menghormati, penghargaan, tidak materialistik, mempunyai perancangan dan tujuan yang sama.


Namun kamu mesti ingat, bukan semua percintaan itu berakhir dengan perkahwinan. Cinta itu bukan perasaan ingin memiliki seperti ingin memiliki seseorang. Misalnya cinta kepada Allah, kita tidak pernah ada perasaan ingin memiliki Allah kan? Sebab itu, cinta masih ada meskipun pasangan kita telah meninggal dunia, cinta itu wujud walaupun kita tidak memilikinya. Oleh itu jika kita berani untuk bercinta, maka beranilah untuk putus cinta. Jika kita berani untuk menerima seseorang, maka beranilah untuk melepaskannya. Adakalanya cinta itu indah di penglihatan tetapi derita di perasaan. Cinta bukan lahir dengan paksaan, ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tanpa kita relakan. Cinta itu sukar untuk dimengertikan. Kesimpulannya, cinta itu melibatkan DUA jiwa yang bersatu dalam satu fikiran, perasaan dan tujuan.

0 comments: