CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Aspek-Aspek dalam Bahasa Melayu

Monday, June 30, 2008

Home Tuition di rumah cikgu

Makluman kepada pelajar-pelajar cikgu sekalian, insyaAllah minggu ini cikgu akan memulakan kelas tuisyen cikgu di rumah bersama beberapa orang pelajar dari menengah 4C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu 'O' Level. Oleh yang demikian, para pelajar yang berminat untuk mengikuti tuisyen cikgu boleh menghubungi cikgu melalui nombor telefon bimbit yang telah cikgu berikan kepada kamu sewaktu hari terakhir pengajaran cikgu.

Setiap Hari Khamis
Jam : 7 - 10 Malam
(termasuk 15 minit rehat)

Di rumah Cikgu



Berikut adalah beberapa informasi berkenaan Kelas Tuisyen tersebut :

- Kelas tuisyen tersebut berlangsung selama 3 jam seminggu. Jadi, dalam sebulan para pelajar diberikan kelas tuisyen sebanyak 4 kali secara amnya.
- Kelas tersebut bermula dari jam 7 malam hingga 10 malam (sekaligus, jika ada permintaan berselang-seli maklumkan kepada cikgu).
- Bayaran yang dikenakan bagi setiap pelajar yang mengikutinya adalah $50 ringgit sebulan. Jika terdapat para pelajar yang tidak hadir beberapa kali selama sebulan, bayaran yang sama tetap dikenakan dan para pelajar perlu melaksanakan tugasan yang tertunda tersebut pada minggu berikutnya (disebabkan oleh tidak hadir tuisyen).
- Para pelajar digalakkan membawa bekal makanan dan minuman sendiri kerana setiap kelas akan diberikan rehat selama 15 minit.
- Pakaian mestilah sopan dan tidak menjolok mata.
-

1 comments:

Z said...
This comment has been removed by the author.